Tag: UMNO

  • Peletakan jawatan Lajim tak gugat BN: Najib

    Peletakan jawatan Datuk Seri Lajim Ukin sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Ketua UMNO Bahagian Beaufort dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort tidak akan mengugat kedudukan Barisan Nasional, sebaliknya yakin mampu menangani cabaran itu.

    Demikian menurut Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Tertinggi (MT) UMNO di ibu pejabat parti di Menara Datuk Onn di sini, lewat petang tadi. Beliau berkata, setakat ini pelbagai khabar angin dan desas-desus tersebar tetapi BN akan melaksanakan langkah yang sesuai bagi menjamin kedudukan parti terus kukuh.

    “Susulan peletakan jawatan Datuk Seri Lajim (Ukin); Timbalannya, Datuk Isnin Aliasnih akan mengambil alih jawatan sebagai pemangku Ketua UMNO Bahagian Beaufort dan juga memutuskan Badan Perhubungan UMNO Negeri (BPUN) Sabah mengawasi perjalanan UMNO Beaufort dan memberi apa-apa juga bantuan yang diperlukan oleh bahagian ini untuk memastikan kekuatan UMNO dan BN tidak terjejas,” katanya.

    UMNO sudah menghantar surat tunjuk sebab kepada Lajim yang berkuat kuasa pada 30 Julai lalu dan diberikan tempoh dua minggu untuk dijawab, sejajar dengan Perlembagaan parti.

    Sumber: Peletakan jawatan Lajim tak gugat BN: Najib

  • Interviu: Islam Tidak Boleh Dipolitikkan

    Interviu: Islam Tidak Boleh Dipolitikkan

    Semasa Adam di semester 4 dan mengambil kursus Isu Moden di Malaysia memerlukan Adam dan rakan menjalankan kajian bertajuk “Islam Tidak Boleh Dipolitikkan“. Walaupun isu ini hampir senyap ketika ini namun adalah menjadi amanah Adam untuk menyampaikan sesi interviu Adam bersama En. Radzi Md. Zain, Ketua Pengarang Meja Agama Utusan Malaysia agar dipersembahkan untuk bacaan umun. Sebagai pengenalan, dunia politik di Malaysia menggunakan nama Islam sebagai satu cara untuk memenangi hati rakyat. Dengan itu, mereka berharap agar dapat menunjukkan yang mereka itu benar dan orang ramai akan menuruti parti mereka yang berpaksikan kepada fahaman politik yang terpesong. Tanpa bercakap banyak, teruskan pembacaan.

    1.  Suasana politik di Malaysia sejak dahulu menunjukkan kepada kita bahawa elemen agama Islam telah dipolitikkan seperti pengenalan hukum Hudud oleh parti pembangkang dan pembahasan isu pengharaman yoga dalam kalangan orang politik. Apakah pandangan Tuan berkaitan situasi ini?
    Politik di Malaysia belum mencapai tahap kematangan sebagai mana di AS. Justeru, parti-parti terlibat akan cuba menjuarai sesuatu isu bagi mendapatkan sokongan majoriti rakyat. Ini termasuklah dalam bab hudud. Dalam masyarakat berbilang kaum, undang-undang hudud tidak boleh dilaksanakan secara tergesa-gesa. Masyarakat terlebih dahulu perlu ditarbiah dan diberi kefahaman bahawa hudud itu adalah had bagi mengelak berlakunya pelbagai gejala jenayah.

    Sepatutnya tidak timbul masalah dalam hal ini sebab hudud adalah hukum Allah. Dan mana-mana parti politik Islam wajib menyokong ke arah pelaksanaannya.

    (more…)