Tag: ron97 naik

  • Harga petrol RON97 naik 10 sen lagi

    Laman Malaysiakini hari ini melaporkan bahawa kerajaan akan menaikkan harga petrol RON97 sebanyak 10 sen kepada RM2.40 seliter berkuatkuasa tengah malam ini. Pada 1 November lepas, harga petrol RON97 dinaikkan sebanyak 5 sen menjadi RM2.15 seliter dan akhir bulan yang sama ia dinaikkan lagi 15 sen lagi kepada RM2.30

    Bagaimanapun harga petrol RON 95 kekal tidak berubah pada RM1.85 seliter.

    Tinjauan mendapati suasana di stesen-stesen minyak tempatan masih tenang kerana kebanyakkan pengguna tidak bergantung kepada petrol RON97, yang biasanya digunakan oleh orang-orang kelas atasan. Harga petrol RON97 tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.

    (more…)

  • Harga petrol RON97 naik 20sen pada 1 September

    Dalam kerumitan kisah politik bergolak di Perak antara Dato’ Nizar dan Dato’ Zambry yang menyaksikan Zambry kekal sebagai MB Perak, isu tahanan 14 orang rempit di Ipoh dan pembebasan Mohd Ramzi berhubung kes SMS ugutan dan kes-kes lain jelas menyaksikan bahawa media massa di Malaysia menjadi Agenda-Setting Theory yang terbaik.

    Pengenalan RON95 menjadi punca utama kepada kenaikan harga petrol RON97. Petrol RON95 telahpun dilancarkan dan dijual pada harga RM1.75 seliter berbanding RON97, RM1.80. Menjelang 1 September, harga bagi RON97 akan bertambah sebanyak 20 sen kepada RM2.00 seliter. 

    Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pemilik kenderaan termasuk yang berkuasa tinggi tidak perlu risau dengan kenaikan RON97 kerana mereka mempunyai pilihan untuk menggunakan minyak RON95.

    ”Kelebihannya RON95 adalah lebih baik daripada RON92 dengan harganya tidak jauh berbeza.

    ”Tujuannya ialah untuk menyediakan rakyat dengan minyak yang dari segi prestasi serta kualitinya lebih tinggi dan semua kenderaan termasuk yang selama ini menggunakan RON97 boleh mendapatkan minyak dengan harga lebih rendah,” katanya.

    Menurut Ismail Sabri, penggunaan petrol RON97 yang besar selama ini adalah satu bentuk pembaziran kerana kebanyakan negara maju seperti Amerika Syarikat (AS), Jepun dan Eropah menggunakan RON yang lebih rendah.

    ”Keadaan ini menggambarkan bahawa pengguna di negara ini tidak mendapat maklumat yang lebih tepat mengenai produk petrol yang sesuai untuk enjin kenderaan mereka,” katanya.

    Sumber: Harga petrol RON97 naik 20 sen