Tag: PPBU

  • Kuiz Saringan Biasiswa/PPBU YBR 2010

    Berikut adalah pengumuman terkini yang disiarkan oleh Yayasan Bank Rakyat berhubung Kuiz Saringan Biasiswa/PPBU YBR 2010. Alhamdulillah, mereka melanjutkan tarikh akhir menjawab kuiz dan rakan-rakan yang belum menjawab masih boleh menjawab sehingga 28 November 2010.

    ***

    Sila semak status permohonan menduduki kuiz saringan melalui laman web YBR  atau email tuan/puan mulai 20 November  2010.  Ujian saringan ini akan dibuka semula bermula 20 November – 28 November 2010.

    Pemohon boleh memilih untuk menduduki ujian saringan ini di pejabat Yayasan beralamat seperti mana di bawah dan YBR tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan bagi menduduki kuiz ini:

  • Periksa Senaraipendek Biasiswa/PPBU Yayasan Bank Rakyat 2010

    Kepada pemohon Biasiswa/PPBU YBR tahun 2010, sila semak email saudara/saudari untuk mengetahui status permohonan sama ada BERJAYA DISENARAI PENDEK atau TIDAK BERJAYA. Sila semak email masuk dari YBR sama ada di inbox, junk dan juga spam folder. Semakan melalui laman web YBR dengan memasukkan kad pengenalan saudara/saudari boleh dibuat mulai 28 Oktober 2010.

    ***

    Alhamdulillah, saya berjaya disenarai pendek dan akan menduduki ujian saringan bermula pada 1 Disember ini. Kawan-kawan bagaimana?