Tag: Piala Sumbangsih

  • Keputusan Piala Sumbangsih 2010 – Negeri Sembilan lwn Selangor

    SEREMBAN: Selangor membuka tirai bola sepak Liga Super musim ini dengan bergaya apabila menjulang Piala Sultan Ahmad Shah selepas menewaskan Negeri Sembilan 2-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, di sini, malam ini.

    Bagaimanapun, Negeri Sembilan terlebih dahulu membuka jaringan dan menggamatkan kira-kira 25,000 penonton selepas Idris Karim menanduk masuk bola hasil sepakan percuma ketua pasukan, Rezal Zambery Yahya untuk menewaskan penjaga gol Selangor, Hamsani Ahmad pada minit ke-27.

    Perlawanan sumbangsih itu turut disaksikan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, Tunku Besar Tampin, Syed Razman Syed Idrus Al Qadri, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan, dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

    Selepas rehat, pasukan “The Red Giant” bimbingan K Devan bangkit memberi asakan bertalu-talu dan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-76 menerusi Safee Sali dan berselang tujuh minit kemudian, D Surendran berjaya menyumbat gol kemenangan buat Selangor. – Bharian

    Keputusan Liga Super
    Keputusan Liga Super
    Kuala Lumpur 1 – T-Team 1
    KL Plus 3 – Pulau Pinang 1
    Pahang 2 – Perak 1
    Terengganu 0 – Kelantan 0
    Johor 0 – Kedah 3
    Perlis 0 – Johor FC 1

  • Sepak Mula TM Liga Super 2010

    Malam ini, tepat jam 8.45 petang 14 buah pasukan dalam tujuh perlawanan Liga Super akan memulakan kempen untuk TM Liga Super 2010. Perlawanan Piala Sumbangsih antara Negeri Sembilan dan Selangor akan menjadi tumpuan kerana Negeri Sembilan adalah juara Piala Malaysia 2009. Rakan blogger, Ridzuan Richie awal-awal lagi telah memberi laungan awal akan kemenangan Negeri Sembilan berdasarkan prestasi mereka yang lepas.

    Tidak lupa kepada pasukan Singa Utara yang juga naib juara Liga Super 2010, kali ini mereka pasti bangkit dengan penyenaraian semula kesebelasan utama. Yang pasti, ramai nama baru akan disenaraikan untuk perlawanan pertama pada malam ini. Jurulatih baru Singa Utara, Mohd Nidzam Adzhar Yusoff berkata kepada Berita Harian, “Kehadiran dan pengalaman ketua pasukan, Mohd Fauzie Nan menjadi pertaruhan buatnya untuk membimbing pemain muda yang rata-rata berusia 18 dan 24 tahun.

    “Tidak dinafikan skuad Perlis kali ini tidak sehebat seperti beberapa pasukan pilihan termasuk Johor FC yang turut mendapat sentuhan ramai pemain berpengalaman.”

    Perlis musim ini hanya diperkuatkan tiga tonggak veteran iaitu ketua pasukan, Mohd Fauzie Nan; Shariman Che Omar dan Zurendey Jumai. Bakinya adalah pemain muda termasuk empat anggota skuad bawah 23 tahun negara yang memenangi pingat emas Sukan Sea, Mohd Farizal Marlias (penjaga gawang), Mazlizam Mohamad (pertahanan), Amar Rohidan (tengah) dan Ahmad Fakri Saraani (penyerang).

    Jadual Perlawanan Minggu 1 TM Liga Super 2010

    Home Away Venue
    Negeri Sembilan vs Selangor Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, NS
    Kuala Lumpur vs Terengganu PBDKT T-Team Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras
    Kuala Lumpur, PLUS FC vs Pulau Pinang Stadium MBPJ, Kelana Jaya
    Pahang vs Perak Stadium Darul Makmur, Kuantan
    Terengganu vs Kelantan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
    Johor vs Kedah Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, JB
    Perlis vs Johor FC Stadium Utama Negeri, Kangar