Tag: Nokia E72

  • Nokia E72, RM1630

    Sempat ke EasyRing Trading Kangar selepas menyelesaikan beberapa urusan di Kangar tadi. Tiba tiba berminat untuk tanya stok E72 yang kini menjadi tumpuan para peminat telefon pintar QWERTY. Di Kangar, harga sebuah telefon ialah RM1,630 untuk set Zitron. Malangnya, telefon E71 ini hanya bernilai RM600 untuk harga secondhand. Untuk trade in, Adam perlu topup RM1000 jika berminat untuk menggunakan telefon pintar ini.

    Menarik fungsi NaviOpti yang hanya perlu scroll di atas pad tersebut. Sehingga hari ini, E71 masih mampu berbakti dan tiada angan angan untuk menukar ke E72. :)



    Nokia E72, RM1630, originally uploaded by adam.roslan.
  • Nokia perkenal E72

    Nokia perkenal E72

    Ini adalah berita yang amat menggembirakan kepada penggemar telefon mudah alih Nokia. Nokia baru sahaja melancarkan model terbaru mereka, Nokia E72 semasa Connect 09 yang berlangsung di Singapura. Apa yang menarik dengan telefon siri E ini ialah didatangkan dengan kamera 5 megapiksel, jack audio bersaiz 3.5mm dan kekunci Optical Navi.

    Navigasi optik ala Blackberry Bold ini sudah pasti akan memudahkan pengguna untuk menyelusuri Internet atau memeriksa e-mel yang diterima. Dari segi capaian kelajuan, telefon ini berupaya menyokong kelajuan sehingga 10.2Mbps menerusi HSDPA. Didatangkan dengan Nokia Messaging yang menyokong akses ke akaun Instant Messaging seperti Yahoo! Messenger, Google Talk dan Ovi.

    Nokia E72

    Kualiti suara untuk panggilan telah diperkemas dengan tapisan bunyi bising dan dilengkapi dengan kompas digital untuk navigasi. Selain daripada itu, spacebar anda akan berfungsi sebagai suis untuk lampu suluh. Didatangkan dengan tiga pilihan warna iaitu putih, hitam dan perak. Nokia E72 akan dipasarkan pada suku ketiga 2009 dan dijangka dijual sekitar RM1709 di Malaysia.

    Ehem, nampaknya telefon ini benar-benar mahu menyuruh Adam mengupgrade adiknya, E71 kepada telefon baru ini. Kalau harga pasaran sekitar RM1.7k di Euro, bagaimana pula jika dibawa ke Malaysia pada suku ketiga 2009 nanti? Mencecah Rm2.5k juga kalau tak silap. Apa pun E72 adalah dirasakan sesuatu yang telah diperbaiki dalam setiap kelemahan yang ada pada E71. Seperti audiojack yang menggunakan 3.5mm berbanding 2.5mm dan kamera 3.2MP kepada 5MP. Banyak pula butang-butang baru yang diperkenalkan untuk model ini sehingga memendekkan spacebar yang ada pada E71. Apa pun, kalau harga menarik, ekonomi membenarkan, tidak salah rasanya bertukar kepada E72! Jom rakan-rakan!