Tag: McDonald’s

  • Kurangkan Hidangan Makanan Segera Anda

    Kurangkan Hidangan Makanan Segera Anda

    Kalau anda seorang penggila makanan segera seperti McDonald’s atau KFC, anda ada beberapa pilihan untuk hidangan kegemaran anda. Anda boleh menggantikan hidangan Big Mac (80g lemak) kepada McChicken (40g lemak) dan menggantikan Coke kepada Coke Diet. Begitulah seperti yang disarankan oleh majalah Seventeen edisi Nov 2007.

  • Secret Recipe kini di Kangar

    Secret Recipe kini di Kangar

    Hi. Lama jugak tak menulis di sini. Benar, lama betul. Kalau tulis pun berkait dengan berita semasa dan bukan ‘daily craps’ seperti yang rajin di tulis lama-lama dahulu. Ya, sibuk sikit. Banyak jugak sibuknya mungkin. Kalau semester enam Diploma Komunikasi dan Media ini orang kata mudah, tapi bagi Adam tidak. Okay, terus kepada tajuk. Kepulangan Adam ke Perlis sempena Festival Filem Pendek dan Video Pelajar Malaysia ke-7 (FFVPM 7) di UniMAP pada dua minggu lepas telah memberi sedikit kejutan kepada Adam. Mana tidaknya, sebuah kafe Secret Recipe telahpun beroperasi di bandar Kangar. Untuk anda yang belum pernah bertandang ke negeri Perlis, kafe ini adalah kafe Secret Recipe yang pertama di negeri ini. Paling dekat, di Jitra Kedah Darul Aman. Selepas ini, tidak lagi rakyat Perlis akan ke Jitra untuk makan kek Secret Recipe ini.

    Satu lagi ‘pembangunan’ fizikal yang ada di negeri Perlis. Nampaknya pelabur sudah mula berani untuk masuk mengembangkan perniagaan mereka di negeri ini. Kita nantikan apa lagi perniagaan francais yang akan masuk ke negeri Perlis. Sudah lama saya menanti McDonald’s di Kangar. Bila lagi agaknya? Meh, layan beberapa keping gambar Secret Receipe Kangar. Gambar ihsan Mat Kayangan dari AnakPerlis.com.