Tag: Harga Emas

  • Graf Kenaikan Dinar Emas Februari – Jun 2011

    Graf Kenaikan Dinar Emas Februari – Jun 2011

    Graf Kenaikan Dinar Emas Februari - Jun 2011

    Lama tak bercerita tentang pelaburan emas. Sejak duduk saja di Perlis, semua aktiviti sembang emas dihentikan. Tak ada prospek! Okay, mari kita teruskan dengan mengaji satu graf kenaikan dinar emas bagi tempoh Februari 2011 hingga Jun 2011.

    Dalam tempoh lima bulan ini, harga terendah satu dinar emas ialah RM 618 dan harga tertinggi iaitu pada 11 Jun ialah RM 710. Kiraan mudah keuntungan untuk tempoh tersebut ialah RM 710 – RM 618 = RM 92. Tahniah kepada pelabur emas sekalian!

    Suka untuk saya quote daripada entri Pelabur Jutawan tentang kepentingan menyimpan emas, Mahu Simpan Wang Kertas Atau Emas?

    Bayangkan jika pada tahun 2009 dulu, dengan wang RM36,000 itu saya boleh membeli Emas seberat 343 gram (RM36,000 / RM105 (Harga emas segram) = 343g, dan jika saya menjual emas tersebut pada ketika ini saya boleh mendapat tunai sebanyak RM60,711 (343g x RM177/g)!!!

    (more…)

  • Public Gold Perkenal Bar Emas 10G

    Public Gold Perkenal Bar Emas 10G

    Dua hari lepas, ketika sibuk mentelaah pelajaran untuk peperiksaan akhir semester saya ada gatal tangan untuk memeriksa harga semasa emas yang ketika itu sedang mencanak naik sebelum berita kematian Osama bin Laden. Kalau sebelum ini Public Gold ada menambah produk 250G untuk variasi produk bar emas mereka, kali ini mereka memperkenalkan variasi Emas Tulen 999.9 24k seberat 10G.

    Bar Emas Public Gold

    (more…)

  • Perbezaan Pelaburan ASB dan Emas

    Perbezaan Pelaburan ASB dan Emas

    Assalamualaikum WBT. Walaupun saya pernah beberapa kali membaca artikel berkenaan dengan pelaburan emas di Internet, artikel artikel ini masih belum dapat membuka cerita sebenar tentang pelaburan emas. Seminggu sebelum balik ke Shah Alam, saya dipertemukan dengan seorang Master Dealer Public Gold Negeri Perlis dalam satu sesi pembelajaran laman web. Beliau serba sedikit telah memberi pencerahan tentang kepentingan menyimpan emas fizikal.

    Perbezaan Pelaburan ASB dan Emas

    Apa yang menarik tentang pelaburan emas?

    Konsepnya sama seperti Amanah Saham Bumiputra (ASB) dimana anda mempunyai sejumlah wang kemudian dimasukkan ke dalam ASB. Setahun kemudian, anda akan diberi bonus dan dividen sehingga 8% untuk setiap tahun. Sama seperti emas, anda mempunyai sejumlah wang dan anda gunakan wang tersebut untuk membeli emas. Emas tersebut disimpan atau dipajakkan. Anda akan menerima keuntungan sehingga 30% setiap tahun. Bezanya antara ASB dan Emas ialah peratus keuntungan.

    (more…)