Tag: Harga Emas Public Gold

  • Lebih Untung Beli Emas dengan Powergold?

    Baru baru ni seorang sahabat lama Whatsapp berkongsi tentang kebaikan pelaburan emas. Memandangkan aku dah lama terjebak dengan pelaburan emas secara kecil-kecilan, aku pun berminat. Powergold ni lebih kepada program membership dimana anda akan mendapat harga ahli yang jauh lebih murah daripada harga pasaran.

    Banyak kelebihan yang diceritakan tentang menjadi ahli Powergold atau Powergold2u ni, antaranya dapat harga emas pada bawah harga pasaran, dapat ilmu pelaburan emas tanpa ke kelas, dapat beli barang kemas tanpa kos upah, dapat bonus belian balik dan sebagainya.

    (more…)

  • Harga Emas Hari Ini – 28 Februari 2013

    Harga Emas Hari Ini – 28 Februari 2013

    Sudah lama saya tidak bercerita tentang harga emas pasaran. Kalau dulu kerap juga menjenguk laman Public Gold untuk mengetahui harga semasa emas dan dinar, sekarang jarang sekali. Minggu lepas saya menerima kejutan selepas harga emas turun mendadak, kepada RM695 sedinar berbanding harga tertinggi pada RM800 pada April lepas (rasanya).

    Walaubagaimanapun, harga emas kembali mendaki hari ini namun masih tidak menentu. Berikut adalah jadual harga untuk hari ini.

    Harga Emas Hari Ini - 28 Februari 2013

  • Adakah Harga Emas Hari Ini Mahal?

    Adakah Harga Emas Hari Ini Mahal?

    Betulkah Harga Emas Hari Ini Mahal?

    Dalam memantau harga dan bercerita tentang harga emas semasa, rakan-rakan saya selalu bertanya bilakah harga emas akan turun dan banyak lagi soalan yang membawa maksud yang sama. Paling menarik, mereka memberitahu bahawa harga emas semasa adalah mahal dan mereka menanti harga emas turun sebelum mereka berfikir untuk membeli dan menyimpan emas.

    Bagi yang belum nampak hala tuju emas sebagai simpanan, saya kongsikan graf kenaikan emas untuk tempoh 24 jam, 30 hari, 1 tahun, 2 tahun dan 10 tahun supaya anda lebih nampak bilakah masa yang sesuai untuk membeli emas dan secara tidak langsung menjawab adakah harga emas hari ini lebih mahal dan bilakah harga emas akan turun untuk dibuat pembelian.

    (more…)

  • Public Gold Perkenal Bar Emas 10G

    Public Gold Perkenal Bar Emas 10G

    Dua hari lepas, ketika sibuk mentelaah pelajaran untuk peperiksaan akhir semester saya ada gatal tangan untuk memeriksa harga semasa emas yang ketika itu sedang mencanak naik sebelum berita kematian Osama bin Laden. Kalau sebelum ini Public Gold ada menambah produk 250G untuk variasi produk bar emas mereka, kali ini mereka memperkenalkan variasi Emas Tulen 999.9 24k seberat 10G.

    Bar Emas Public Gold

    (more…)