Tag: harga emas hari ini

  • Harga Emas Hari Ini – 28 Februari 2013

    Harga Emas Hari Ini – 28 Februari 2013

    Sudah lama saya tidak bercerita tentang harga emas pasaran. Kalau dulu kerap juga menjenguk laman Public Gold untuk mengetahui harga semasa emas dan dinar, sekarang jarang sekali. Minggu lepas saya menerima kejutan selepas harga emas turun mendadak, kepada RM695 sedinar berbanding harga tertinggi pada RM800 pada April lepas (rasanya).

    Walaubagaimanapun, harga emas kembali mendaki hari ini namun masih tidak menentu. Berikut adalah jadual harga untuk hari ini.

    Harga Emas Hari Ini - 28 Februari 2013

  • Harga Emas jatuh, apa nak buat?

    Harga Emas jatuh, apa nak buat?

    Harga Emas Semasa 30 Hari

    Sejak beberapa hari ini, ramai penggemar emas dan rakan-rakan pemerhati harga emas menelefon saya untuk mengetahui situasi sebenar apakah yang berlaku kepada harga semasa emas di pasaran sekarang.

    Wall Street Journal - Silver Slides in Asian Trading

    Seperti yang dijangka, selepas berita kematian Osama Laden menjadikan US Dollar mulai kukuh dan beberapa berita lain turut mempengaruhi kenaikan nilai USD berbanding nilai semasa emas. Graf di atas menunjukkan mulai 26 April harga emas melambung sehingga paras 148.25 ringgit per gram dan hari ini turun pada 140.95 satu gram.

    Harga Emas Semasa - 6 Mei 2011

    Jadual Public Gold pula menunjukkan harga emas bar 10 gram dijual pada RM1,649.00, 20 gram (RM3,268.00), 50 gram (RM8,131.00), 100 gram (RM16,186.00) dan 250 gram pada (RM40,274.00). Harga sedikit rendah berbanding harga pada 5 Mei, RM 1,691.00. Bagi para pelabur, inilah masa yang paling dinantikan untuk terus membuat pembelian sebelum harga kembali naik selepas penganalisis pasaran menjangkakan berlakunya ‘bounce back’ selepas harga menyentuh retracement point selepas harga minyak RON97 pun dah naik RM0.20.

    (more…)