
Tarikh 9 Julai 2011 pasti akan diingati oleh seluruh rakyat Malaysia dimana gabungan rakyat yang menuntut ketelusan dalam pilihanraya berhimpun dan berarak ke seluruh Kuala Lumpur untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di Pertuan Agong.

Sesuai dengan motonya Hidup untuk Memberi, saudara Denaihati baru-baru ini mengumumkan satu pertandingan yang menarik. Beliau menawarkan insentif tunai kepada pemilik blog yang berjaya membawa trafik ke laman blognya, www.denaihati.com.
Cara untuk menyertainya begitu mudah. Anda boleh mempromosikan link Denaihati.com dengan apa jua cara dan berikut adalah maklumat pertandingan.

Alamak, dalam entri lepas, Sky Tee mengumpul 7507 mata dan menggungguli di hadapan. Dan hari ini ketika entri ini ditulis, beliau mengumpul 10,714; masih lagi di hadapan. Bagaimana agaknya dia mampu mengungguli kedudukan pertama walaupun hari ini dilihat semakin dicabar oleh Nicky Kuan (10,414) dan Himpunan Lawak Jenaka (8,400).

Carian di Google menemukan saya dengan satu posting di Facebook. Mungkin cara promosinya ialah 100% Facebook kerana saya tidak menjumpai Twitternya; berbanding Nicky Kuan yang mempunyai akaun Twitter dan Himpunan Lawak Jenaka yang terkenal dengan Fan Pagenya di Facebook.
Cerita Kementerian Pelancongan Malaysia belanja RM1.8 juta untuk kempen dan promosi di Facebook menjadi bualan hangat sehingga ke Parlimen. Banyak pandangan positif dan negatif yang boleh diambil untuk kes ini. Bagi pengamal pemasaran internet (Internet Marketer), ini adalah peluang yang terbaik untuk mereka promosikan perkhidmatan mereka kerana banyak organisasi dan kementerian sudah melihat potensi besar Facebook dan laman sosial media untuk dijadikan medium promosi.
Sejurus selepas penyebaran berita tersebut, Kementerian Pelancongan Malaysia membuat kenyataaan media bagi menjelaskan situasi sebenar bagaimana wang RM1.8 juta dibelanjakan. Memang ada salah faham antara ahli Parlimen apabila menyatakan RM1.8 juta adalah untuk satu laman Facebook, kerana RM1.8 juta dibelanjakan kepada promosi atas talian dan ke laman media sosial.