Tag: gereja kristian

  • Isu JAIS Serang Gereja: Dr Asri Minta Kukuhkan Institusi Baitulmal

    Isu JAIS Serang Gereja: Dr Asri Minta Kukuhkan Institusi Baitulmal

    Laporan akhbar tabloid tempatan baru-baru ini mendedahkan tentang serangan Jabatan Agama Islam Selangor keatas sebuah gereja di Petaling Jaya selepas mendapat laporan terdapat beberapa orang Islam menghadiri majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh gereja terbabit.

    Isu JAIS Serang Gereja: Dr Asri Minta Kukuhkan Institusi Baitulmal

    Sehubungan dengan itu, Prof Madya Dr Asri Zainul Abidin dalam blognya mengeluarkan pendapatnya tentang kelemahan institusi Baitulmal tempatan sehingga menyebabkan umat Islam yang memerlukan bantuan terpaksa mencari alternatif bagi meneruskan kehidupan.

    Enam hujah dilontarkan oleh Dr Asri termasuk menyoalkan wang zakat yang berjaya dikumpul selain kerenah birokrasi yang merumitkan proses permohonan zakat dan ‘menyalahkan orang yang membantu’ sedangkan kita sepatutnya membantu.

    Dalam satu pendapat yang menyokong, orang-orang kerajaan yang bekerja di Baitulmal sepatutnya turun padang menyelesaikan masalah kemiskinan dan bukannya menanti si miskin yang pergi mencari Baitulmal. Dan mereka tidak boleh goyang kaki sahaja menunggu si miskin datang meminta bantuan. Mereka diibaratkan menerima gaji menguruskan zakat tetapi tanggungjawab terabai. Renungkan.