Tag: ejen coway

  • Kenapa Blogger Perlu Buat Dropship Produk Coway?

      
    Persoalan ni sangat menarik kalau anda seorang blogger yang cari makan dengan blog. Blogger sekarang paling kurang buat advertorial, makan hasil iklan atau buat produk sendiri/merchandise. 

    Semua kelebihan ni tak ada pada orang biasa, dan menjual produk di blog adalah kelebihan blogger semua. Sama macam aku awal dulu, explore dan explore, buat blog produk, dapat call, convert kepada sale. 

    Dah lama sangat buat produk margin untung kecik, aku tergerak untuk cuba margin untung yang lebih besar. Alhamdulillah, produk Coway mempunyai demand yang tinggi dan blog jualan yang aku create setahun lepas dah mula menampakkan hasilnya. 

    Aku juga bergantung kepada AdWords selain berharap kepada organic search atau SEO. Kesemua ni aku yakin ada pada seorang blogger. 

    Jadi langkah diatas menerangkan sebab kenapa seorang blogger patut menjual produk Coway sebagai side income mereka. Kelebihan ini boleh menjadikan blogger sebagai ejen Coway yang luar biasa. 

    Berminat menjadi ejen dropship Coway? Klik www.penapiscoway.com untuk maklumat lanjut. 

  • Servis Penapis Air Coway Kali Kedua

    Harini, dah masuk bulan keempat aku guna penulen air Coway kat rumah. Alhamdulillah tak ada masalah sepanjang empat bulan aku pakai. Dan, harini masuk kali kedua Coway Technician (CT) datang rumah dan buat servis penapis air Petit ni.

    Bagi memastikan kebersihan air yang diminum sentiasa terjamin, servis penapis adalah sesuatu yang penting. Kalau penapis air biasa, kena servis sendiri. Tapi untuk Coway, technician yang akan ke rumah.

    (more…)

  • Cara Buat Duit Sebagai Ejen Coway

    Ejen Penapis Air Coway

    Penapis air adalah satu peralatan wajib ada di dapur sesebuah rumah selepas peti sejuk dan mesin basuh. Oleh sebab itu, banyak syarikat mula mengeluarkan variasi penapis air untuk memenuhi kehendak pengguna.

    Coway adalah salah satu jenama besar dalam industri ini. Tidak hairanlah hampir 200,000 rakyat Malaysia menggunakan produk keluaran Coway. Setiap hari akan ada pertambahan kehendak daripada pasaran.

    (more…)