Tag: Blackberry

  • Pelan Pasca Bayar Blackberry Maxis Serendah RM90

    Pelan Pasca Bayar Blackberry Maxis Serendah RM90

    Bukan main, Pelan Pasca Bayar Blackberry Internet Services Maxis Serendah RM90 dengan kontrak 24 bulan dan anda layak memiliki Blackberry Curve 2G.

    Masa singgah ke Plaza Low Yat tadi geng Maxis sibuk mempromosikan plan-plan mereka walaupun telefon tiada stok. Macam mana kalau tiba-tiba saya nak beli Bold 3?

    Konsepnya sama, bayar RM55 untuk BIS Standard 1GB, RM90 untuk BIS PRO 3GB ditambah dengan pakej Value Plus serendah RM30 dengan 15/sen seminit ke Maxis dan 20/sen seminit ke rangkaian lain. Dah bersedia untuk beralih ke pascabayar?

    Pelan Pasca Bayar Blackberry Maxis Serendah RM90

  • iPhone + Celcom: Perabih Duit

    Bukan nak cerita buruk mana-mana pihak tapi nak cerita benda yang benar. Pengalaman menggunakan Apple iPhone dengan Celcom University of X (UOX) selama dua minggu telah menurunkan minat terhadap iPhone. Kalau sebelum ini beriya-iya nak guna iPhone, tapi selepas ini tidak lagi.

    iPhone adalah sebuah model telefon yang seni dan berteknologi tinggi. Telefon ini sesuai digunakan bersama plan data daripada mana-mana penyedia telefon tempatan. Oleh kerana sepanjang tempoh percubaan saya hanya menggunakan ‘prepaid’, hampir RM20 daripada kredit saya digunakan oleh iPhone tanpa sedar. Bahagian itulah yang membuatkan saya sedikit marah kerana dengan hanya beberapa SMS yang dihantar, hampir kering saya dibuatnya. Saya syak perisian ‘push Internet’ seperti tetapan MMS sering meminta untuk berhubung ke Internet selain daripada perisian permainan.

    Sebagai solusi, saya cuba beberapa perisian seperti Firewall iP dan menukar alamat tetapan MMS kepada alamat yang tidak dikenali. Cara ini tidak berjaya sepenuhnya. Ada sumber di Google menggalakkan pengguna menggunakan BossPrefs untuk menghalang iPhone mengakses Internet secara ‘push’. Saya juga menjalankan carian di Google cara untuk ‘Disable EDGE/3G’ kerana dipercayai simbol ini (terletak di sebelah nama operator) adalah isyarat bahawa iPhone sedang mengakses Internet.

    Jujurnya saya kagum dengan kebolehan dan teknologi yang ada pada Apple iPhone tetapi hanya sesuai dilanggan bersama plan data. Jika tidak, pepatah ‘Apple hanya memakan duit’ amat sesuai digunakan.

    P/S: Hati masih lagi sayangkan E71. Telefon yang bercirikan Push Internet masih lagi belum sesuai dipakai rasanya. Semua itu duit.