Pakaian adalah satu produk yang senang terjual. Oleh itu, tidak hairanlah kebanyakkan kedai di uptown atau downtown memilih untuk menjual baju atau pakaian. Baju kurung pula adalah pakaian yang sentiasa mendapat sambutan. Tak perlu tunggu musim perayaan, kerana baju kurung adalah kegemaran gadis di universiti untuk ke kelas, penjawat awam di jabatan kerajaan dan pakaian rasmi untuk ke majlis kenduri kahwin atau keraian.
Oleh sebab itu juga, banyak butik online mula mengambil kesempatan atas keperluan seorang wanita. Bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan, semua mahu menjual baju kurung secara online, sama ada di Facebook atau Instagram.
