Tag: Ana Dahlia

  • 10 Carian Tertinggi di Google Malaysia bulan Disember 2011

    10 Carian Tertinggi di Google Malaysia bulan Disember 2011

    20111227-105603.jpg

    Google Malaysia hari ini menyenaraikan 10 kata kunci paling dicari oleh rakyat Malaysia bagi tempoh 16 hingga 22 disember 2011. Apa yang menjadi bahan bualan ialah Facebook Timeline yang dilancarkan bagi memudahkan rakan Facebook anda membaca post dalam satu garisan.

    Tengku Sophia menimbulkan kemarahan umat Islam seluruh Malaysia apabila status Twitternya menyentuh sensitiviti. Tom Cruise sebagai Ethan Hunt, agen IMF dalam Mission Impossible Ghost Protocol meletakkan kata kumci ini di tempat kitiga.

    Perkahwinan Chef Riz dengan pasangannya, Ana Dahlia menyaksikan rakyat Malaysia berminat ntuk mengetahui siapakah Ana Dahlia.

    Dan pelancaran Apple iPhone 4S di KLCC di tangga kelima. Kata kunci lain yang dicari ialah ‘keputusan PMR’, ‘Merlin Season 4’, isu ‘Double Zinger Burger KFC Malaysia’, ‘Jabatan Akauntan Negara’ dan ‘Chirstmas’.

  • Mantra (2010)

    Filem seram ini mengangkat kisah penggunaan ilmu hitam kerana dendam dan kepentingan diri sendiri. Kisah bermula dengan pembukaan cerita di kawasan perkuburan di mana Muzir dianiaya oleh Hasbi demi melengkapkan ilmu hitam serta mendapatkan isteri Muzir. Akibatnya Muzir dipenjarakan seumur hidup.

    Di dalam penjara, Muzir berjaya mendapatkan ilmu hitam daripada Embah yang bakal menemui ajalnya. Namun, ilmu Muzir tidak sempurna kerana bilik penjaranya dikunci dengan ayat-ayat serta kalimah Allah. Lalu muncullah Pak Long, seorang warden penjara dan juga Pakcik kepada Muzir yang isterinya ditimpa musibah. Akibat cintakan isteri dan terdesak, Hafif telah bersetuju dengan syarat-syarat Muzir iaitu memadam ayat dan kalimah Allah di sekitar bilik penjara Muzir, menghidangkan tiga jenis hidangan untuk penjaga ilmu hitam dan mengambil tali pengikat pocong wanita yang mati kerana anak sulung menggunakan gigi.

    Setelah ayat dan kalimah Allah berjaya dipadam oleh Pak Long, maka berlakulah perubahan ilmu Muzir dengan air yang melimpah di dalam bilik penjara serta bayangan makhluk hitam yang memenuhi dinding penjara. Serentak dengan itu, Muzir muncul di dalam sebuah paya lalu melakukan pembunuhan sebagai makanan kepada ilmu hitam miliknya. Maka bermulalah pembalasan dendam kesumat Muzir terhadap Hasbi. via Sinemamalaysia.com

    P/s: Saya telah menonton filem genre seram ini, cerita ini digarap dengan baik oleh pengarah sehinggakan penonton tidak sedar bahawa Hasbi sebenarnya juga mengamalkan ilmu hitam tetapi bertopengkan amalan agama Islam bagi mengaburi mata ramai pihak termasuk ibu Ana, Tok Penghulu dan penduduk kampung. Pelakon seperti Hamdan, Bob Lokman dan Hasnul Rahmat sebenarnya membuatkan saya sedikit tergelak dalam beberapa babak kerana sebelum ini mereka banyak berlakon sebagai seorang yang kelakar seperti dalam cerita Rock dan Bob Lokman yang memainkan watak sebagai ‘Tok Guru’ amat menjadi. Tahniah.