Tag: Akta Hak Cipta 1997

  • RIM minta SKMM sekat akses Jiwang.org

    Menurut laporan Amanz.my dan The Star Online, Recording Industry Association of Malaysia (RIM) yang dipengerusikan oleh Norman Abdul Halim meminta kerajaan melalui agensinya untuk menyekat sebuah portal perkongsian media tempatan, Jiwang.org.

    Portal yang ditubuhkan pada 29 Mac 1999 itu merupakan portal terbesar tempatan yang membenarkan perkongsian fail filem, cereka, lagu dan album tempatan.

    Tindakan menyekat akses laman web yang membenarkan muat turun fail media secara percuma ini adalah selaras dengan Akta Digital yang dipinda daripada Akta Hak Cipta 1997 yang akan dibentangkan di Kabinet pada Disember ini.