JPJ Perlis buka tempahan plat RM 2 – RM 9999

JPJ Perlis buka tempahan plet RM 2 - RM 9999

JPJ Perlis telah membuka tempahan nombor pendaftaran siri yang unik, RM 2 hingga RM 9999 secara tawaran mulai 23 Februari 2015 hingga 10 Mac 2015. Nombor pendaftaaran RM 1 sudah pun dikhaskan untuk Raja Muda Perlis.

Berikut adalah syarat-syarat permohonan.

  • Terbuka kepada semua pihak yang layak mendaftar kenderaan.
  • Borang boleh diperolehi dariapda cawangan JPJ berhampiran atau dimuat turun di laman web JPJ, atau klik di sini.
  • Harga tempahan dibuat mengikut kategori iaitu Golden Number (RM10,000), Attractive Number (RM2,000), Popular Number (RM300).

Permohonan boleh dikemukakan kepada Pengarah, Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Perlis, Jalan Jejawi Permatang, 02600 Arau, Perlis.

 

Comments

9 responses to “JPJ Perlis buka tempahan plat RM 2 – RM 9999”

  1. Alongxp Avatar

    owh… ingatkan jpj buat servis buat nombor plate untuk ganti nombor plat yg tak ikut piawai… hehehehe…

    pergh… gila diorang ni, nombor plat je dah ribu2… boleh balik modal gaknye ek klu buat yang mahal2 tu

    1. Adam Roslan Avatar

      Hehehe. Orang Perlis jarang pakai plat R, sebabtu masih dua angka. Sekarang ja masa JPJ Perlis nak buat duit, jual plat RM. Jom beli satu.

  2. Dr Fattah Avatar

    RM1 murah pada nilai tapi mahal harganya

    1. Adam Roslan Avatar

      RM 1 dah reserved untuk Raja Muda Perlis.

  3. sabree hussin Avatar

    Redha je la dapat no plat apa haha sebab macam tak penting sangat je nombor plat ni

  4. mohammad saiful hidayah bin mohd shokri Avatar
    mohammad saiful hidayah bin mohd shokri

    Rm9868

    1. Adam Roslan Avatar

      Menarik number ni Tuan. Mesti ada makna. Hehe.

  5. Muhamad Arifin Avatar

    wah mantap ini sepertinya mas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *