≡ Menu

Flashmob Refleksi Orkestra

Flashmob Refleksi Orkestra

Sempena sambutan Gemilang 50 Orkestra RTM dan ulang tahun RTM ke-65, RTM dan Kementerian Pelajaran Malaysia bersama CST Production membawakan program realiti TV baharu, Refleksi Orkestra.

Tiga buah sekolah berasrama penuh sekitar Kuala Lumpur telah dipilih iaitu Sekolah Seri Puteri Cyberjaya, Sekolah Menengah Sains Selangor, Cheras dan Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya. Dua lagi ialah Sekolah Datuk Abdul Razak dan Kolej Tunku Kurshiah, Seremban.

Lantunan muzik berbentuk wind orchestra atau band konsert, persembahan flashmob (tarian spontan), kejutan artis jemputan buat setiap pasukan serta lokasi persembahan yang menjadi tumpuan ramai memberikan satu gabungan unik buat rancangan tersebut.

Flashmob Refleksi Orkestra

Antara artis yang terlibat ialah Alyah, Farawahida, Farah Anuar dan Zahid. Lokasi persembahan ialah di Berjaya Times Square, Pavilion Kuala Lumpur, KL Sentral, Sunway Lagoon dan Fahrenheit 88 Bukit Bintang.

Refleksi Orkestra yang mula bersiaran pa 15 Mei lalu akan terus bersiaran setiap minggu selama lapan episod setiap Ahad pada pukul 1 tengah hari di saluran TV1 dan Astro 180. via Kosmo!

Minggu lepas, Refleksi Orkestra membawakan orkestra daripada Sekolah Menengah Sultan Alam Shah dan minggu hadapan akan membawakan Sek Dato Abdul Razak di Sunway Lagoon. Saksikan di TV1 dan Astro 180.

P/S – Menangis gue tengok budak budak tu buat flashmob di KL Sentral tambah sinematografi CST Production.

Other articles you might like;

3 comments… add one

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3