Dropshipping ialah satu cabang perniagaan konvesional kemudiannya dipopularkan oleh ahli pemasaran Internet sejajar dengan kemajuan proses jual beli di Malaysia. Proses ini melibatkan jual beli biasa tetapi pengurusan bekalan adalah diuruskan pembekal. Penjual langsung tidak menyimpan stok atau menguruskan penghantaran, kecuali menerima duit daripada pembeli.
Pesanan yang diterima akan dimaklumkan kepada pembekal dan pembekal akan menguruskan penghantaran kepada pembeli selepas menerima pembayaran. Ringkasan proses perniagaan dropshipping dapat dilihat dalam grafik dibawah. (kredit Sinar Niaga)

Perniagaan dropshipping ini semakin mendapat perhatian dalam kalangan pelajar, suri rumah mahupun penjawat kerajaan kerana tidak melibatkan modal yang besar untuk memulakannya. Cukup dengan mencari platform yang sesuai, mereka boleh memulakan perniagaan dalam 5 minit sahaja.
Masalah modal boleh diketepikan apabila dropshipper tidak lagi perlu menyimpan stok, menguruskan inventori atau menyewa tapak kedai kerana platform perniagaan dropshipping akan didatangkan dengan sistem pengurusan stok dalam talian. Jadi, fokus kepada seorang dropshipper ialah mempromosikan kedai dalam talian mereka, sama seperti mengajak orang ramai masuk ke kedai biasa. Pelanggan yang tertarik dengan produk atau harga yang munasabah pasti tidak ketinggalan membeli produk anda.
Berlandaskan model perniagaan ini, saya sendiri mengorak langkah untuk mencuba menjual produk KH Kopi secara dropshipping. Tanpa modal, peniaga boleh mendaftar secara percuma di www.khkopi2u.com/affiliate dan setiap jualan yang disahkan akan dibayar komisyen 25% atas setiap jualan.
Walaupun masih dalam proses pembangunan, saya yakin proses tracking dan shopping cart sudah boleh digunakan tanpa masalah. Konsep perniagaan ini bukan sahaja memberi kebaikan KH Kopi kepada yang memerlukan, tetapi juga memberi peluang kepada rakan-rakan untuk menjana pendapatan melalui perniagaan dropshipping.

Leave a Reply