Salam. Saya nak kongsikan satu kes yang berlaku kepada seorang rakan yang saya kenali. Baru-baru ini kad kreditnya tertinggal di sebuah cybercafe di Shah Alam. Sekumpulan remaja dengan niat (sila tonton video) telah mengambil dan menggunakan kad kredit tersebut.
Semoga suspek dapat menghubungi pemilik untuk menyelesaikan kes. Berikut adalah kronologi kejadian.
Assalamualaikum,
Di atas kecuaian sendiri, saya secara tidak sengaja telah meninggalkan kad kredit RHB saya di atas meja komputer di sebuah cybercafe di Seksyen 2, Shah Alam. Saya meninggalkan cybercafé tersebut pada jam 9:01 malam (seperti yang dimaklumkan pihak cybercafe). Pada jam 9:26 malam, 3 pelanggan berikutnya (2 lelaki dan 1 perempuan) telah menggunakan computer yang digunakan oleh saya sebelumnya. Kira-kira 15 minit selepas itu iaitu jam 9:40 malam, mereka meninggalkan cybercafé tersebut. Tanpa disedari mereka, di depan pintu cybercafé tersebut terdapat CCTV yang merakamkan perbuatan seorang lelaki tersebut menghulurkan kad kredit (seperti di dalam video) kepada perempuan tersebut. Walaupun kenderaan yang dinaiki suspek berjaya dirakamkan di dalam CCTV, namun nombor pendaftaran kenderaan terbabit (dipercayai sebagai Perodua Myvi) amat kabur dan tidak jelas.
Pada jam 9:51 malam di stesen minyak Shell seksyen 9/20, Shah Alam, suspek berjaya menggunakan kad kredit tersebut tetapi jumlah yang didapati digunakan masih belum dapat dipastikan. Pada waktu tulisan ini ditulis, pihak polis masih belum mendapatkan rakaman CCTV di stesen minyak tersebut. Pada jam 10:26 malam, cubaan suspek untuk mengeluarkan sejumlah wang bernilai RM1000 tidak berjaya (cubaan dilakukan di DJ Club, Damansara Jaya). Berikutnya pada jam 10:30 malam, di Maybank Damansara Jaya, cubaan kedua untuk mengeluarkan RM1000 juga gagal setelah mangsa berjaya menyekat penggunaan kad kredit tersebut. Dan pada jam 10:37 malam,cubaan kali ketiga untuk mengeluarkan RM1000 juga gagal di stesen minyak Shell di Damansara Jaya.
Tujuan mangsa menghebahkan kejadian ini bukanlah berniat untuk memalukan atau menjatuhkan air muka suspek-suspek tersebut. Walaupun setakat ini jumlah kerugian yang ditanggung mangsa belum diketahui, namun hukuman bagi kesalahan ini agak berat iaitu penjara dan sebatan. Mangsa juga tidak terlalu tertekan atau terkesan dengan kejadian ini, namun hebahan ini adalah sebagai bertujuan untuk peringatan dan pengajaran kepada kita bahawa setiap kesalahan yang dilakukan, ada hukumannya samada kecil atau besar.
Jika hebahan ini berjaya sampai ke pengetahuan suspek bertiga tersebut, atau kepada kenalan-kenalan suspek bertiga tersebut (jika berniat untuk bersemuka atau memulangkan jumlah kerugian), boleh hubungi wakil mangsa di talian 012-4909023 -Â Aki Taman Medan.
Terima kasih.
Other articles you might like;
sekarang ramai manusia yang tidak jujur!