Selamat datang 210808. 20082008 dah tinggalkan Adam dengan penuh cabaran dan dugaan. Her telah membuat satu keputusan yang mungkin telah lama ditunggu untuk diluahkan. Her dengan tekad telah membuat keputusan untuk meninggalkan Adam. Semasa Adam dan Fakhrul sedang mengadakan perbincangan dengan client di Bomaq Cafe, Her telah menghantar SMS kepada Adam tentang niatnya. Mungkin apabila kita berkawan kita bebas untuk berbuat apa sahaja dan tidak akan terkongkong semasa dalam perhubungan cinta yang hanya berbekal perjanjian ‘aku sayang kamu’ dan adakah ia mampu kekal untuk selamanya seperti yang diungkap ‘saya sayang kamu selamanya’? Mungkin pendapat ini benar — sama sekali Adam tidak menyangkal. Tapi, bersediakah Adam? Sekiranya Her boleh berkata begitu tapi kenapa tidak Adam? Adam rasa Her lebih senang untuk berkawan kerana dia percaya dengan seorang kawan mampu menggembirakan Her berbanding seorang teman yang langsung tidak dapat membawa kegembiraan atau berbekal janji yang palsu semata.
Semasa pulang — DJ Sinar.fm memutarkan lagu ini, mungkin lagu tema untuk malam ini. Dengan sedikit linangan air mata — Adam terus menyanyi dan menyanyi bersama rakan-rakan yang lain di dalam kereta. Adam — sabar — ini adalah cabaran. Semoga Her berbahagia dengan keputusannya dan terus sukses dalam meneruskan hidup yang penuh dengan cabaran. Adam kat sini sentiasa menyokong awak.
AXL – Andai Dapat Ku Undur Masa
Dalam usik ku merajuk seketika
Laluku pergi meninggalkan dirimu
Tanpa ku duga
Lilin menjadi bara
Gurauanku jadi dilema prasangka
Kau menyangka aku pergi kerna dia
Yang tak pernah wujud dalam alam cinta
Belum sempat ku jernihkan suasana
Engkau pula yang hilang
Entah ke mana
Puas sudah ku mencari
Ku tinggalkan pesan
Ku kirimkan berita
Agar dapatku temui dirimu
Umpama sebutir permata yang sirna
Andai dapat
Ku undurkan putaran dunia
Inginku ubah semula kata
Dan tingkahlaku yang salah
Agar kita dapat seiring
Di mercu asmara
Tak ingin lagi
Dan tak mahu lagi berpisah
Bukan dengan kerelaan hati
Penyesalan yang tiada kesudahan
Ku tersepit dalam jerat sendiri
20082008, anda memang kejam!
Other articles you might like;
lean on us when u r not ok..kwn2 tetap bsama adam..
Orang yang menunjukkan kebaikan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik
kekosongan anda pasti tidak boleh dilihat dgn hati yang mati.