
Pelaburan kira-kira dua bulan lepas menemui hasil dan hari ini merupakan hari menuai hasil. Setelah beberapa teknik dipelajari, teknik ini merupakan teknik paling ho-liau yang pernah saya gunakan. Saya berminat untuk berkongsi tentang teknik ini jika ada pembaca yang berminat kerana teknik ini agak ‘rahsia’ dan saya boleh dedahkan kepada yang berminat sahaja :)
Bila duit berjaya di cash-in di bank menggunakan Western Union, timbul bermacam-macam perkara di dalam pemikiran. Wishlist yang dicipta pada awal-awal semester dulu mula disenaraikan mengikut kepentingan, cuba-cuba untuk menunaikan hasrat dihati.
Sesungguhnya kita hanya merancang, segala perancangan untuk membeli iPhone 4 & belanja kawan-kawan makan sedikit terganggu apabila dua keping surat bertulisan biru tiba di rumah. Tiga saman kesalahan lalu lintas perlu dijelaskan. Terima kasih. Tertangguh lagi nampaknya.

P/S: Gambar sekadar hiasan ;)

Leave a Reply