Alhamdulillah, semalam Perlis berjaya menjulang Piala Malaysia buat kali ke-2.. Game memang best! Permata hitam Perlis; Chipeta & Simukonda memang boleh dibanggakan. Walaupun aku menonton TV, tp aku dapat kepuasan. Hehe..
Pengalaman berharga semasa beraksi pada final sejak 2 tahun lepas telah berjaya digunakan sebaik mungkin. Walaupun ada insiden yang kita sendiri tak mintak, tapi Alhamdulillah game tetap best!! Rempoh Perlis Rempoh!
TURUTAN MINIT KE MINIT
- Minit pertama – Pengadil R Krishnan meniupkan wisel tanda bermulanya edisi ke-40 final Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dengan Perlis. Perlis membuat sepak mula.
- Minit kedua – Negeri Sembilan mencipta peluang pertama. Tendangan percuma Khairul Anuar Baharom dari sebelah kanan bagaimanapun ditanduk ke sebelah kiri gol oleh penyerang Christian Bekamenga.
- Minit keempat – GOL (Perlis membuka tirai jaringan apabila Phillimon Chipeta melonjak tinggi untuk menanduk masuk lontaran jauh Adrien Jurad Chamrong dari sebelah kanan kotak penalti lawan. NEGERI SEMBILAN 0 PERLIS 1)
- Minit keenam – Pemain Negeri Sembilan, Buston Brown mengalami kecederaan kecil tetapi masuk semula tidak lama kemudian.
- Minit kelapan – Bekamenga kecewa apabila rembatan leretnya tersasar jauh di sebelah kiri pintu gol Perlis.
- Minit 10 – Sekali lagi lontaran masuk jauh Adrien Jurad tetapi penjaga gol Negri Sembilan, Azizon Kadir sudah dapat mengagak dengan baik.
- Minit 8 – Tendangan sudut pertama perlawanan kepada Negeri Sembilan tetapi hantaran Brown tidak tepat serta tidak membahayakan.
- Minit 20 – Percubaan Chipeta dari luar kotak penalti tepat ke sasaran tetapi Azizon sudah bersedia.
- Minit 20 – Hantaran lintang Zacharia Simukonda dari sebelah kanan ditanduk Azlan Ismail tepat ke Azizon.
- Minit 26 – Sepakan sudut pertama buat Perlis tetapi Simukonda gagal menyudahkan peluang yang terhidang.
- Minit 32 – Kad kuning pertama perlawanan kepada pemain Perlis, Azi Shahril Azmi kerana mengasari Ching Hong Aik.
- Minit 44 – Penjaga gol Perlis, Tay Sin Kiat diuji menerusi sepakan percuma tetapi dia sudah dapat membaca arah yang dilakukan lawan.
- Minit 45 – Rembatan separuh voli kaki kiri Bekamenga dari jarak dekat terkena paha Sin Kiat sebelum keluar untuk sepakan sudut. Ia nyata peluang terbaik Negeri Sembilan untuk menyamakan kedudukan sebelum rehat.
- Minit 45 + 2 – Serangan balas Perlis hampir bertukar menjadi gol kedua apabila hantaran Simukonda dirembat kencang Chipeta tetapi terkena kaki pertahanan Negeri Sembilan sebelum keluar di sebelah kanan pintu gol.SEPARUH MASA PERTAMA: NEGERI SEMBILAN 0 PERLIS 1.
- Minit 46 – Kad kuning buat Baston Brown kerana mengasari Azizi Mat Rose.
- Minit 47 – Anuar Jusoh mendapat peluang terbaik setelah umpanan Bekamenga-Brown tetapi terlambat untuk merembat dan dihalang pertahanan lawan.
- Minit 52 – Azizi yang mengalami kecederaan keluar padang dan digantikan dengan Madzalan Emoi.
- Minit 54 – Sepakan sudut Adrien ditanduk melepasi palang oleh Chipeta.
- Minit 59 – Sepakan percuma Manzoor Azwira menemui Simukonda yang menghantar kepada Chipeta. Chipeta rembat kencang tetapi Azizon menyelamatkan keadaan.
- Minit 62 – Gantian pemain: Cik Hishammuddin Hassan masuk menggantikan Anuar Jusoh buat Negeri Sembilan.
- Minit 64 – Feriza mengalami kecederaan sesudah menjatuhkan Brown.
- Minit 65 – Gerakan cantik Negeri Sembilan menerusi trio importnya Noel Mwandila, Brown dan Bekamenga tetapi tindakan penyudahnya lemah.
- Minit 67 – Chipeta membuat gerak cemas dengan menewaskan dua pertahanan lawan menghantar ke tengah kepada Simukonda yang pass kepada Azlan di kanan. Tetapi rembatan kaki kiri Azlan ditepis keluar Azizon.
- Minit 69 – Gantian pemain: Negeri Sembilan membuat pertukaran kedua dengan mengeluarkan Bahtiar Othman dan memasukkan Shahrizam Mohammad.
- Minit 70 – Rembatan kencang Mwandila hasil gerakan Ching Hong Aik dari sebelah kiri gagal menewaskan Sin Kiat.
- Minit 74 – Pemain gantian: Perlis memasukkan Sairozi Daud dan mengeluarkan Azi Shahril Azmi.
- Minit 75 – Tandukan Chipeta terkena palang gol dalam keadaan kelam-kabut di depan pintu gol lawan tatkala pertahanan Negeri Sembilan agak terkeliru.
- Minit 76 – GOL – Simukonda menanduk masuk sepakan percuma Adrien dari sebelah kanan. NEGERI SEMBILAN 0 PERLIS 2.
- Minit 82 – GOL – Bekamenga membalas satu gol buat Negersi Sembilan dengan rembatan voli kakai kiri hasil hantaran pendek Brown. NEGERI SEMBILAN 1 PERLIS 2.
- Minit 84 – Gerakan Simukonda dengan Chipeta hampir mencetus gol ketiga tetapi Azizon menafikan mereka.
- Minit 85 – Chipeta dilayangkan kad kuning kerana mengasari Khairul Anuar.
- Minit 86 – Rembatan leret Mwandila tersasar sedikit di sebelah kiri gol Perlis.
- Minit 90+2 – Kad kuning buat Manzoor Azwira kerana melewat-lewatkan permainan ketika hendak membuat lontaran masuk. Akhirnya pasukannya menjulang Piala Malaysia kali kedua dalam sejarah selepas kali pertama pada 2004.
- SEPENUH MASA: NEGERI SEMBILAN 1 PERLIS 2.
* Sumber Berita Harian
Leave a Reply