≡ Menu

Pembiayaan Mikro Kredit Sehingga RM100,000 dari Boost Credit

Boost yang kita kenali sebagai e-wallet telahpun menambah fungsi mikro pinjaman dalam apps mereka.

Boost Credit, anak syarikat Axiata Malaysia melancarkan skim pembiayaan mikro kredit kepada individu dan pemilik syarikat di Malaysia.

Dengan memberi fokus kepada peniaga kecil yang bercadang untuk mengembangkan perniagaan, skim pembiayaan ini didapati sangat cepat kerana setiap permohonan berjaya akan dikredit dalam masa 48 jam.

Pembiayaan modal kerja RM100,000 dan wang tunai dimasukkan dalam akaun anda dalam masa 48 jam.

Kelebihan Capital by Boost Credit

  • Kelebihan paling utama ialah pembiayaan sehingga RM100,000 dan pembayaran dalam masa 12 bulan.
  • Kadar keuntungan serendah 1.5% sebulan dan jumlah kadar keuntungan 18.0% bagi program pinjaman atau pembiayaan ini.
  • Capital Boost Credit ialah pembiayaan patuh Syariah berasaskan konsep komoditi Murabahah.
  • Tidak perlukan penjamin atau cagaran untuk memohon.

Kelebihan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda kembangkan bisnes anda yang perlukan suntikan dana.

Cara Mohon Mikro Kredit Boost

1. Layari laman web rasmi mereka di sini, atau klik Capital by Boost Credit.

2. Klik butang Mohon Sekarang dan proses ini mengambil masa 3-5 minit. Anda diminta untuk memuat naik info peribadi dan e-penyata semasa memohon.

3. Tunggu permohonan diluluskan dalam 48 jam.

Dokumen Pinjaman Boost Credit

Anda diminta menyediakan butiran di bawah untuk permohonan. Kelulusan bersandarkan kepada cash flow akaun perniagaan anda.

  • Nama Penuh pemohon mengikut Kad Pengenalan
  • Nama Perniagaan, No. Pendaftaran Perniagaan dan Kategori Perniagaan yang berdaftar dengan SSM
  • Akses ke kamera (didalam komputer riba atau telefon bimbit) bagi pengesahan Kad Pengenalan dan swafoto (selfie) pemohon
  • E-penyata akaun bank syarikat 6 bulan terkini anda

Layari laman web rasmi mereka di sini untuk memohon Boost Credit.

Other articles you might like;

0 comments… add one

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3