Nuffnang Earnings Update!

Aku online! Bagaimana online? Dengan menggunakan perkhidmatan Celcom Mobile Broadband aku telah berjaya mengonlinekan diri aku di dalam bilik di dalam sebuah hutan yang terpencil di Lendu dalam daerah Alor Gajah, Melaka! Walaupun baru beberapa hari menggunakan servis ini, aku dah sangat-sangat berpuas hati. Dengan kelajuan sekitar 384kbps dan download rate mencecah 34kbps, aku sangat berpuas hati!

Dipagi hari yang hening ini, aku mendapat mesej daripada class rep aku yang menyatakan bahawa harini tidak ada kelas, so aku dapat melanjutkan waktu tidur aku sehingga 11 pagi. Akhirnya dapat cover jugak waktu tidur sebab sejak belakangan ni asyik tidur lewat, sekitar 3-4 pagi.

Dengan adanya kemudahan internet di dalam bilik, Insya-Allah segala kerja/assignment akan berjaya disiapkan pada waktu yang sepatutnya dan membolehkan warga bilik P2203 ini berhubung dengan dunia luar dan membolehkan aku untuk kerap update blog ni.

Berhubung dengan tajuk post pada kali ini, sebentar tadi aku tergerak hati untuk memeriksa akaun nuffnang aku, dan keputusannya;

Earning: RM57.45

Tanpa berlengah lagi, aku terus aja “Cash Out” pendapatan daripada Nuffnang Ads ni. Dan aku masih lagi menanti AdSense mencecah nilai USD100 untuk dicashout buat kali ke-2. Itu saja untuk kali ini, semoga kita ketemu di lain lembaran.

Comments

4 responses to “Nuffnang Earnings Update!”

  1. syia Avatar

    celcom broadband tu bukan mahal ke??

  2. Abang Azri Avatar
    Abang Azri

    Haha.Ape ar.Buat adsense kena ada niche blog.Baru ble dpt duit byk.hehe

  3. […] kali cek bernilai USD100++ daripada Google AdSense dan 2 kali cek bernilai RM57 dan RM143 daripada Nuffnang. Anda boleh melakukan kajian terhadap blog yang lebih tinggi trafiknya dan berapakah jumlah […]

  4. Awek Panas Avatar

    Best la dh dapat duit Nuffnang..TQ2…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *