≡ Menu

Kenduri Ayam Golek

Harini dah mula sesi persekolahan maksudnya musim kenduri kahwin pun dah tamat. Tapi kenangan semasa musim kenduri mesti tak dapat dilupakan oleh sesetengah pihak. Manakan tidak, dah bertukar status.

Antara banyak banyak kenduri yang saya pergi, tak kira di Perlis atau di Klang, kenduri ini yang paling special. Jemputan dihidangkan dengan nasi dan ayam golek. Kalau di Perlis dipanggil ayam golek, sebab ayam dibakar/panggang dengan cara menggolek ayam di atas bara api. Berbeza dengan ayam bakar atau ayam panggang yang tidak digolek. Biasanya seekor ayam akan digolek atas bara dan rempah ratus akan diletakkan di dalam rangka ayam tersebut. Terbaik!

Ayam Golek berharga sekitar RM14-RM15 seekor. Paling kurang kena ada 200 ekor untuk kenduri kan.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Other articles you might like;

0 comments… add one

Leave a Comment