≡ Menu

Jodoh Tak Panjang..

Haih, apa pulak tetiba tentang jodoh nie? Hehe. Jangan salah sangka ya — sebenarnya tiada kaitan langsung antara hubungan kemanusiaan. Sebenarnya, Adam dah berpisah dengan O2 Zinc yang dibeli beberapa minggu lepas.

Kenapa berpisah? Adam telah menjualkannya kepada seorang rakan Adam yang rasanya amat berminat dengan PDA phone tersebut. Hm.. Kalau sebelum ni Adam guna Sony Ericsson P9901i selama dua hari sebelum menjualnya, O2 Zinc ni pula bertahan lebih lama iaitu selama dua minggu daripada tarikh pembelian.

Kenapa jual? Sebelum secara serius menggunakannya Adam dapat rasakan bahawa PDA phone ini adalah yang terbaik antara yang terbaik di dalam kelasnya. Memang menggunakan PDA adalah sesuatu yang mudah kerana pelbagai maklumat dapat disimpan di dalam PDA tersebut namun mestilah sesuai dengan gaya hidup si pemakainya. Penggunaan touch-screen sememangnya merumitkan kerana sekiranya anda salah ‘tap’ huruf maka salahlah hurufnya.

Adam yang menggunakan motor untuk bergerak dari suatu tempat ke tempat yang lain sememangnya agak sukar menggunakan PDA phone kerana ciri-cirinya yang sesuai kepada para businessman yang berkereta yang dipandu oleh drivernya.

Hm — rasanya cukuplah alibi kenapa Adam tak sesuai menggunakan PDA phone :) Jadi apa cadangan selepas ni? Mungkin Nokia N82 atau mungkin downgrade kepada Motorola E398 yang sememangnya gempak daripada dahulu hingga kini!

Other articles you might like;

1 comment… add one
  • cha July 1, 2008, 10:35 pm

    windu la dgn o2 zinc tue..huhu..wish dpt men sms on that gadget again..hehe..

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3