≡ Menu

Harimau Muda Hampiri Separuh Akhir, 7 Emas di Hari Ketiga

Harimau Muda Hampiri Separuh Akhir, 7 Emas di Hari Ketiga

Harimau Muda semakin menghampiri peringkat separuh akhir bola sepak Sukan Sea ke-26 2011 Jakarta-Palembang apabila menewaskan Kemboja 4-1 dan mendapat bantuan apabila Indonesia menewaskan Thailand, 3-1 dalam perlawanan mereka semalam. Gol pasukan negara disumbang Izzaq Faris Ramlan, minit ke-7, Baddrol Bakhtiar (m-35, 39) dan Wan Zaharul Nizam (m-90).

Malaysia akan menentang Indonesia di Stadium Glora Bung Karno pada 17 November ini.

Sementara itu, kontigen Malaysia di Palembang dan Jakarta di hari ketiga berjaya mengumpul 7 pingat emas melalui acara karate, olahraga, lawan pedang dan terjun. Empat emas diperoleh daripad acara Karate melalui Shaharudin Jamaludin dalam acara Kumite 75 kilogram sebelum R Loganesha (Kumite 55kg), G Yamini (Kumite 61kg) dan K Teagarajan (Kumite 84kg) mencipta detik gemilang di Jakarta.

Bagaimana atlit olahraga, Lo Choon Sieng menjadi penyumbang pertama dengan mengutip emas pada awal pagi di Palembang menerusi acara 20 kilometer jalan kaki lelaki. Joshua Koh menamatkan kemarau 22 tahun memenangi acara lawan pedang, Epee individu manakala pasangan terjun wanita, Leong Mun Yee dan Ng Yan Yee mengungguli acara 3 meter papan anjal seirama sebelum. – Berita Harian. Gambar Arena.my

Kedudukan Kumpulan A dan Kumpulan B Bola Sepak Sukan Sea ke-26 2011 Jakarta-Palembang pada 14 November 2011

Harimau Muda Hampiri Separuh Akhir, 7 Emas di Hari Ketiga

Other articles you might like;

2 comments… add one

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3