≡ Menu

Harga Minyak Naik

Nah! Tengah dalam kesibukan membuat window shopping di Pasar Malam Kangar, kami — Adam, Fakhrul, Hafiz dan Azie dikejutkan dengan berita oleh Cedin bahawa dengan segala hormatnya harga minyak petrol dan diesel di Malaysia telah dinaikkan sebanyak RM0.70 kepada RM2.70 seliter!

Diulang — RM2.70 seliter!!

Wahai rakyat, jom kita beli basikal MTB dan kayuh sekita Perlis agar bebas daripada asap hitam hasil daripada harga minyak yang mahal! Tunai RM150 untuk motorsikal bawah 250CC mungkin satu daripada sedikit pelembut hati daripada kerajaan, tapi untuk apa?!

Pesanan Pak Lah dalam press conferencenya seperti yang disiarkan dalam berita sebentar tadi, eloklah rakyat Malaysia berubah daripada pelbagai aspek kehidupan dan jangan membantah. Tapi, sampai bila jangan membantah? Hanya mengikut telunjuk dan jadi rakyat yang matang? Hm.. Nanti kita cari penyelasaiannya!!

Dalam Pakej Penstrukturan Semula Subsidi dalam Laman Web Rasmi Perdana Menteri ada menyatakan seperti berikut:

1. PENSTRUKTURAN SUBSIDI PETROL DAN DIESEL DI PAM
Berkuatkuasa esok, 5 Jun 2008, harga petrol akan meningkat sebanyak 78 sen dan diesel sebanyak RM1.00 setiap liter. Harga baru petrol dan diesel di pam adalah RM2.70 seliter dan RM2.58 seliter.

Untuk mengurangkan beban kenaikan kos petrol dan diesel ke atas golongan berpendapatan rendah dan sederhana, Kabinet juga bersetuju untuk memberi bayaran tunai kepada warga Malaysia yang memiliki kenderaan persendirian termasuk pemilik motosikal seperti berikut:

a) Bagi pemilik kenderaan persendirian berkapasiti enjin sehingga 2000cc serta pick up truck dan jip berkapasiti enjin sehingga 2500cc, bayaran tunai sebanyak RM625 setahun bagi setiap kenderaan akan diberikan.
b) Bagi pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin sehingga 250cc, bayaran tunai sebanyak RM150 setahun bagi setiap motosikal akan diberikan.

Bayaran tunai ini akan diberi apabila pemilik kenderaan dan motosikal membayar atau memperbaharui lesen kenderaan bermotor (cukai jalan). Bayaran ini meliputi kenderaan dengan cukai jalan yang berkuat kuasa mulai 1 April 2008 hingga 31 Mac 2009. Bayaran tunai ini akan diberikan secara Kiriman Wang (Money Order) di pejabat Pos Malaysia, di seluruh negara, mulai 1 Julai 2008.

Bagi pemilik kenderaan dan motosikal yang tidak termasuk dalam kategori bayaran tunai tersebut, Kabinet telah memutuskan untuk mengurangkan cukai jalan mengikut kadar berikut berkuatkuasa 1 Jun 2008:

a) Bagi pemilik kenderaan persendirian petrol dan diesel berkapasiti enjin melebihi 2000cc, cukai jalan akan dikurangkan sebanyak RM200.

b) Bagi pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin lebih daripada 250cc, cukai jalan akan dikurangkan sebanyak RM50, tertakluk kepada cukai jalan minima sebanyak RM2.

Other articles you might like;

3 comments… add one
  • Najmi June 4, 2008, 9:07 pm

    gilo tol.td mak ayah aku cepat2 p buh minyak

  • zulhassan June 4, 2008, 9:13 pm

    memang sedang cadang nak naik beskal pergi kerja ni :D

  • ennae June 4, 2008, 11:11 pm

    RM150? halaaaa sehari jek bole habis. minyak kena isi hari hari

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3