Sejak masuk rumah tahun lepas, aku rasa kipas sangat perlahan. Aku layankan aja sampailah ada satu post di Facebook yang kongsi cara jimat untuk lajukan kipas siling.
Sebenarnya kapasitor/kondenser kipas siling adalah punca kenapa kipas jadi perlahan selepas beberapa tahun. Debu yang berat tu perkara biasa, tapi kondenser yang dimakan zaman adalah perkara luar biasa.
Inilah rupa kondenser yang dimaksudkan. Sebelah atas adalah kondenser asal, bawah pula after market kondenser yang dijual sekitar RM5 di kedai hardware. Kondenser ini diukur dengan unit mikrofarad atau uF. Kondenser original biasanya didatangkan dengan 1.8uF tapi aku terus tukar ke 2.0uF jadi lambat la kondenser ni nak lemah.
Cara ganti pun sangat senang. Buka cover, longgarkan skru di connector dan ganti kondenser yang lama dengan yang baru. Lepastu tutup cover dan siap!
Other articles you might like;
boleh cuba cara ni, thanks ya
Entri terkini Raihanah Ahmad: Wordless Wednesday: Makanan tinggi antioksida
kalau ikutkan saya, bersihkan kipas je memang dah laju. bagus ada cara baru ni, sekurang2nya selain bersihkan kipas bertambah laju dgn tukar kondenser
Entri terkini Raihanah Ahmad: Kesan Kesihatan Disebabkan Bauksit
Ya betul saya dah cuba habis bersih tapi tak berkesan. So tukar je terus laju. Dah 3 tahun usia kipas. Hehe.
yup..pernah nampak tips ini orang share di fb..kos pun memang sangat rendah..
Entri terkini saps ibubapa: SAPS Ibu Bapa – Semakan Keputusan Peperiksaan
aku pakai aje kipas apa yang ada.
janji ada angin beralun kat rumah.
Entri terkini titan: Masih adakah sinar keindahan TUJUH warna pelangi yang tidak pernah kehabisan cahayanya di ufuk timur?
Haha. Kipas tangan pun berguna kalau dah panas sangat.
lama tak singgah sini :)
Entri terkini Ikhwan: Rumah Sendiri Tapi Orang Lain Bayar
Haha. Biasa bro, awal tahun dia mai semangat. Lepastu makin lama makin padam :(
boleh di cuba nih..
Apkah tidak berbahaya jika di tukar dengan kapasitas yang lebih besar?
dari 1.8uF di tukar 2.0uF.
Entri terkini jual batu alam: 7 Desain Dinding Batu Alam Rumah Masa Kini
Orang di kedai bilang tidak apa.
kalau lah tau dari awal tak payah la saya keluar kos lebih untuk mengganti kipas. sati set pun je dah dekat 200
Entri terkini olaoli: Perjanjian Sewa Rumah
Harga yang baru pun RM5 ke?
Entri terkini Khairul Zamri: Tiada Duit Boleh Beli Rumah Dengan Modal Yang Minima
Condenser yang baru RM5-RM8 macamtu. Kalau Made in Japan mungkin mahal lagi.
Saya da cuba memang ada berubahan besar
Entri terkini SapsIbuBapa: SAPS Ibu Bapa Semakan Peperiksaan
Nice info bro, saya cuba dan berjaya kembalikan kelajuan asal kipas rumah saya.
Entri terkini notasejarah: Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 8 Pengaruh Islam Di Malaysia