Asal Usul Tepuk Pengakap

Bagi yang jiwa pengakap, sudah pasti mereka tidak lupa apa itu tepuk pengakap. Tepuk pengakap yang biasanya ditepuk untuk menyambut tetamu di dalam majlis sebarang keraian atau semasa malam kebudayaan.

Tepuk pengakap dengan ritma * * *** **** ** adalah berasal daripada ringkasan ’73’ yang bermaksud ‘Best regards’. Ringkasan ini digunakan secara meluas dalam utusan telegram dan kod Morse pada masa tersebut. Sebagai rujukan, gabungan kod bagi ’73’ dalam kod Morse ialah --... ...--. Namun, disebabkan ralat manusia kod tersebut dibunyikan sebegitu rupa sejak 1859.

Comments

17 responses to “Asal Usul Tepuk Pengakap”

  1. hafiz Avatar

    Teringat masa zaman sekolah rendah dulu

  2. titan Avatar

    yap.

    cikgu pengakap gua ada cakap dulu benda nih.

  3. Khadeejah Hasmad Avatar

    Tepuk Pengaakap. Seronok ingat bila masa sekolah dulu.

  4. jaymiee Avatar

    belum ada jiwa lagi…hehe

  5. sabree hussin Avatar

    Dah lama tinggalkan aktiviti pengakap. :-)

    Tapi aku perasan dalam banyak-banyak unit uniform kat Malaysia ni, ada banyak persamaan dengan pengakap, sama ada dari segi kawad kaki, tepuk dan macam-macam lagi lah

  6. Manan Qayyim Avatar

    tak pernah tahu… sbb tak pernah masuk pengakap… hihihi

  7. ringantangan Avatar

    Fuyoh, dari 1859 lagi dah ada tepuk pengakap ni.

  8. Hero Borneo Avatar

    tak ada peluang pulak nak jadi pengakap zaman sekolah dulu

  9. Uncle Zuan Avatar

    den dlu pbsm. sebab? malas nk beli baju mahal bahal.. huhu

  10. jaymiee Avatar

    agak2 umur dekat 4 series boleh join pengakap tak?hihi

  11. Panduan Exam Avatar

    Huhu..memang seronok la buat tepuk pengakap ni..leh naikkan semangat ha..tapi tak pernah nak tahu pulak asal usul ni..hehe

  12. Yuzz Avatar

    Saya salah seorang bekas ahli pengakap yang aktif.. Terkenang masa panjat Gunung Jerai tahun 1995 dulu bersama-sama geng pengakap yang aktif, cari jalan ke puncak tak jumpa sampai terpaksa bermalam dalam hutan, nasib baik tak ada apa-apa yang berlaku..

    p/s : Blog KeretaMoto.com untuk dijual, berminat sila hubungi email mykeretamoto@gmail.com atau talian 019-4366764

  13. Mummy Dina Avatar

    dulu, kalau cikgu suruh tepuk pengakap je mesti tiba-tiba je rasa bersemangat..hehe

  14. sharina Avatar

    terus tringat waktu skolah rendah ikut pengakap ni..siap ada lagu tepuk tu..hihih

  15. Alongxp Avatar

    tak tahulah kenapa kat post bro dia jadi camni… ‘–… …–‘ , tapi sepatutnya 73 dalam morse code adalah –… …–

    sekian de 9W2AXP(tapi AA dah expired)

    73

  16. Alongxp Avatar

    ok, dah tau, dia automatik sambung dua dash…

  17. Amirul Avatar

    Once a scout always a scout… dulu masa kt kem selagi tepuk tu tak sama tak boleh balik khemah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *