Dua tiga hari lepas aku jalan jalan di Giant dengan niat nak cari penapis air. Sebelum ni pun dok target satu model keluaran Panasonic yang harganya lebih kurang RM199.00 kalau tak silap. Kalau nak diikutkan, model ni cumalah water purifier sahaja, bukanlah yang buat kerja menapis air.
Penapis air yang power kita biasa dengar selalunya ada sampai 6 penapis dan saiznya macam TV 24 inci. Jenama yang biasa kita dengar pulak antaranya Coway, Elken, Bacfree dan banyak lagi.
Semua ni bermula selepas tersebar satu artikel tentang air RO yang dibeli di vending machine tu sebenarnya berisiko terdedah kepada jangkitan kuman. Betui ka?
Demi memastikan air yang minum selamat, memang penting untuk memiliki satu penapis air di rumah. Kalau rumah atas tanah dah ada penapis kat luar, lepas meter, masuk rumah ada penapis lagi kat dapur untuk masak dan minum. Kalau rumah atas angin, memang kena ada penapis yang power lah kan?
Dalam kajian ringkas, ramai yang sarankan beli penapis air jenama Coway sebabnya ada enam peringkat tapisan termasuklah karbon nano bagai. Last sekali kita hanya minum air nano dan air tak nano akan dibuang. Macam mana tu?
Kat Giant tu jugak ada booth yang buat promosi penapis air Coway tu, bermula dari RM2,000 hingga RM6,000 bergantung kepada fungsi dan kapasiti simpanan air. Menarik lagi, ada plan instalment bulanan. Bayar RM120 sebulan dapat satu penapis air dengan fungsi 3-dalam-1 iaitu air sejuk, air panas dan air suam. Lagi dapat maintenance setiap dua bulan selama 60 bulan.
Matematiknya, RM120 x 60 ialah RM7,200. Kalau yang duit berkepuk boleh beli dengan harga RM2,900 tapi maintenance bayar sendiri. Tapi menguntungkan kalau dapat beli cash, lebih kurang jimat RM1,000. Disebabkan belum ada kata putus, jadi pembelian ditangguhkan. Tunggu sampai ada side income yang boleh cover instalment bulanan kot?
Other articles you might like;