Terengganu Juara Piala FA 2011

Piala FA 2011: Terengganu lawan Kelantan

Terengganu hari ini membuktikan bahawa kiraan awal bahawa Kelantan bakal menjuarai Piala FA 2011 adalah palsu kerana mereka berjaya menewaskan Kelantan dalam Perlawanan Akhir Piala FA 2011 di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan jaringan 2-1.

Perlawanan berlanjutan sehingga masa tambahan selepas Daudsu Jamaluddin menghadiahkan gol kepada Terengganu pada minit ke-98 selepas tertanduk lantunan hasil percubaan Abdul Manaf Mamat.

Gol kemenangan Terengganu dijaringkan oleh Nordin Alias pada minit ke-109. Terdahulu, Kelantan mendahului pada minit ke-79 oleh Nurul Azwan Roya.

LIVE UPDATE PERLAWANAN AKHIR PIALA FA 2011 di sini.

Comments

3 responses to “Terengganu Juara Piala FA 2011”

  1. […] gambar di adamroslan Nak tahu tentang Hari Bapa?? KLIK SINI DAN Tingkatkan MEMORI anda di SINI can't explain by words […]

  2. akubiomed Avatar

    Tanniah kepada Terengganu kerana menambah koleksi Piala FA dan Kelantan cuba lagi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *