Syarat Permohonan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia)

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia)

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia)

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) merupakan suatu Skim khas yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah menabung dan melabur di samping untuk membantu mereka menangani kesan kenaikan kos sara hidup semasa. Skim ini dikendalikan dengan kerjasama Permodalan Nasional Berhad (PNB) serta institusi-institusi kewangan terlibat.

Melalui Skim ini, rakyat Malaysia yang berkelayakan akan berpeluang untuk memohon pinjaman berjumlah RM5,000 daripada institusi kewangan terlibat untuk melabur dalam Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia)I yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB)*, dan akan menerima bayaran insentif yang menarik ke atas tabungan dan pelaburan yang dibuat.

Syarat Kelayakan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1Malaysia)

  1. Permohonan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 58 tahun
  2. Pemohon mesti mempunyai pendapatan kasar isi rumah antara RM500 hingga RM3,000
  3. Pemohon tidak muflis sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman
  4. Syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh bank
  5. Pemohon dan /atau pasangan tidak menerima bantuan dari skim-skim khas lain Kerajaan yang diuruskan oleh ASNB:
    • Program Bantuan Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT);
    • ASB Sejahtera; dan
    • ASW 2020 Bandar
  6. Pemohon dan /atau pasangan tidak memiliki pelaburan di dalam mana-mana unit amanah ASNB ATAU; sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul bersamaan atau kurang dari RM10,000
  7. Status akaun unit amanah ASNB tidak bermasalah
  8. Permohonan adalah tertakluk kepada agihan Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia)I sepertimana yang telah ditetapkan dan sekiranya masih ada:
    • Bumiputera – 50%;
    • Cina – 30%;
    • India – 15%; dan
    • Lain-lain – 5%
  9. Hanya salah seorang isi rumah yang layak memperolehi pembiayaan pinjaman
  10. Permohonan diluluskan bagi pinjaman di satu bank sahaja

Dokumen Permohonan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1Malaysia)

Dokumen Utama

  • Borang Permohonan Penyertaan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (BPPSARA1M)
  • Borang Pembiayaan dari Institusi Kewangan terlibat
  • Borang Pendaftaran Unit Amanah Akaun Dewasa ASNB P1
  • Borang Pelaburan Tambahan ASNB 21
  • Borang Jualan Balik ASNB 31
  • Borang Pembaharuan Buku Pelaburan BS3
  • Penyata Pendedahan Risiko/ Risk Disclosure Statement (RDS)

Dokumen Sokongan

  • Kad Pengenalan asal pemohon dan 2 salinan
  • Kad Pengenalan asal pasangan (jika berkenaan), dan 1 salinan
  • Dokumen Pengesahan Pendapatan
    • Bagi Pemohon dan/atau pasangan bekerja, sertakan Penyata Gaji 3 bulan terkini ATAU Penyata Bank 3 bulan terkini asal dan salinan.
    • Bagi pemohon yang tidak memiliki Penyata Gaji atau Penyata Bank, perakuan dan perisytiharan yang dinyatakan dalam BPPSARA1M Bahagian C akan diguna pakai.

    * BPPSARA1M MESTI ditandatangani di hadapan seorang SAKSI – sama ada Majikan/Penghulu/Pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli/Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan & Profesional/Ahli Dewan Undangan Negeri/Ahli Parlimen

Maklumat lanjut berkenaan Permohonan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia boleh didapati daripada laman web rasmi SARA 1Malaysia, ruangan FAQ atau dengan menghubungi Hotlinke Unit Projek Khas – SARA 1Malaysia 03-2057 3065.

Comments

12 responses to “Syarat Permohonan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia)”

  1. Citra NaniZam Avatar

    Terima kasih untuk info ini..

  2. nana Avatar
    nana

    untuk org da kawin je ker?

  3. ana Avatar
    ana

    orang bujang leh mohon tak?

  4. hanafi Avatar
    hanafi

    mcm mn plak dah ada amanah saham wawasan 2020?dan apa beza dgan wawasan 2020banbar?

  5. Muhammad Azizi Ezrall Avatar

    saya sudah ada Akaun ASNB, jd adakah sy masih layak untuk membuat pinjaman saham 1malaysia??…

  6. fauzi Avatar

    Rasanya bagi umat Islam, kena hold dulu. Atau rujuk mereka yang mahir dalam kewangan Islam.

    Sebab pulangan tetap yang dijanjikan tu ada masalah. Sama dengan hal untung yang telah dijamin. Dalam prinsip kewangan Islam, untung yang dijamin adalah dilarang dan mendatangkan Riba.

    Mari kita selidik dahulu.

  7. mohd.nor Avatar
    mohd.nor

    SALAM SATU MALAYSIA…!! BAGAIMANA PULA DGN MEREKA-MEREKA YG BELUM BKAHWIN NAK MOHON BR1M? LAYAK TAK BUJANG YG ADA TANGGUNGAN? ADAKAH BR1M AKAN DILANJUTKAN SHINGGA TAHUN AKAN DTG? SAYA MERANCANG NAK BERKAHWIN TAHUN DEPAN…:)

  8. ain Avatar

    salam….pelajar layak tak nak buat pemohonan saham satu Malaysia nie?
    sebab saya pon berminat nk join saham nie.

    1. gmie Avatar
      gmie

      Pelajar mane layak tapi tak pe boleh apply saham amanah 2020 ok.

  9. gmie Avatar
    gmie

    apa2 pun apply dulu kamdian baru tahu layak atau tidak.

  10. zaininor bin kastari Avatar
    zaininor bin kastari

    saya ni bukanlah dikategorikan sbgai muflis, tapi nama saya telah disenaraihitamkan di bank negara. agak2 orang macam saya bleh x buat pnjman 2? kpd sesape yang berkenaan tolong jwb. time kasih.

  11. soleha Avatar
    soleha

    kalau umo 18 taon 2013,, tp blom capai tarikh lahir ,, macam mane pulak ? boleh mohon sebelom capai tarikh lahir tu tak ? harap ade jawapan :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *