Sumbang Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata

Sumbang Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata

Sempena bulan mulia ini, Program Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata sekali lagi telah dijalankan. Dengan rekod tahun 2010 mereka berpeluang menyerah hampir 3,000 pasang baju Melayu/Kurung pada hampir 29 Pertubuhan Rumah Anak Yatim di seluruh Malaysia.

Bagi kita yang mampu, anda digalakkan menyumbang sehelai baju Melayu atau baju kurung untuk disedekahkan kepada anak-anak yatim seluruh Malaysia melalui saluran yang betul. Program yang dikendalikan oleh Ahmad Saabun melalui laman blog www.sehelaibaju.com ini menjadi saluran kepada individu atau syarikat untuk menyampaikan sumbangan sehelai baju kepada anak-anak yatim di rumah anak yatim terpilih.

Sertai mereka di Facebook atau Twitter. Sebarang sumbangan atau pertanyaan boleh dialamatkan ke:

TEAM SEHELAI BAJU BUAT MENYAPU SI AIR MATA
No. 12, Jalan Platinum 7/44 Seksyen 7,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Telefon: +6016-2151192 (U.P: Ahmad Saabun)

P/s – Rakan blogger yang berkemampuan bolehlah membuat sumbangan melalui alamat di atas atau sebarkan untuk kebaikan bersama.

Comments

13 responses to “Sumbang Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata”

  1. nizamghazi Avatar

    Bila tengok video tu seolah2 rasa macam yg kita yang serba ada ni jrg2 sgt bersyukur. Tajuk program ni mampu buat orang lain tersentuh. Aduh mmg rasa sedih ;(

  2. Pacifista - X Avatar

    wah,ada jugak program ni rupanya.bagusnya…aku ada 2,3 pasang baju yang aku dah tak muat nak pakai ni.Insya Allah akan aku ikut serta nanti… :D

  3. lizz Avatar

    kenapa aku baru tahu pasal ni?aduh, terlambat dah ni. if dapat tahu awal, mesti boleh tolong promote2 -..-

    1. BloggerHowtt Avatar

      Kak Liza ni bagus lah, beramal sepanjang masa. Kena ikut macam ni lah

      1. Pacifista - X Avatar

        cik liza ni memang bagus bab2 beramal ni.kalau nak, belajar dengan dia… :D

  4. W.R Avatar

    sedekah lah selagi kita mampu lakukan…thanks bro ats info ini..

  5. budaini Avatar

    alhamdulillah…

  6. BloggerHowtt Avatar

    Insyaallah kalau ada yang nak didermakan akan di bgthu

  7. udin Avatar

    program yg pnuh bermakna..

  8. azlia mj Avatar

    bro . kalau nak derma , tros pegi alamat tu okay kan ?
    klang ke s.alam nak pos mcm xrelevan je..;)

  9. echiko Avatar

    insyaallah akan didermakan..=)

  10. missy Avatar

    VISITED and follow this blog :)

  11. blogger newbie Avatar

    hmmm bgs program ni., Sedih :(

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *