Minuman Barbican Haram!

Minuman Barbican Haram

Minuman Barbican Haram

Bernama hari ini melaporkan bahawa sejenis minuman bir yang didakwa halal (tidak disebut jenama – sumber sahih menyatakan jenama Barbican) adalah haram kerana mengandungi alkohol melebihi had yang dibenarkan syarak. Selepas ujian makmal oleh pihak berkuasa mendapati kandungan alkohol adalah sebanyak 0.5, dan memabukkan.

Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan hanya 0.01 peratus kandungan alkohol dibenarkan dalam makanan dan minuman kerana ia terhasil secara semulajadi.

Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) bersama Majlis-Majlis Agama Islam Negeri akan bertindak menyekat penjualan minuman itu kepada umat Islam.

P/S: Masya Allah, minuman ini dijual merata-rata secara terbuka, tetapi selepas beberapa lama baru difatwakan haram. Bagaimana sebenarnya produk ini mendapat kelulusan dijual di dalam Malaysia?

Kredit Gambar: Minuman Barbican Haram

Comments

15 responses to “Minuman Barbican Haram!”

  1. yadz Avatar

    hurm.. ade pulak bir halal haram.. ish3..

  2. tea Avatar

    nasib lah wa tak penah minum air yang pelik2 ni. dikawal ketat ouh. hehe.

  3. Hans Avatar

    fuh
    aku xminum
    lega2

  4. kucingpanda Avatar
    kucingpanda

    Perghh mujur aku tak minum air pelik-pelik macam ni. Tapi, kakak aku pernah minum dia boleh cakap halal. Aku dari gerak hati dah dapat rasa minuman pelik ni haram. Redbull tu pun aku tengok tak ada tanda halal. Selamba aje dijual dekat pasaraya.

  5. GreenAppleKu Avatar

    Iyer ker ini bir nyer? Mana follower kamu iyer? Salam perkenalan dari saya.

  6. nuriz Avatar

    dulu dah kecoh minuman yang ada alkohol ni skrg ada lagi..tak penah habis

  7. along Avatar
    along

    assalam..confirm ke barbican? sbb ade lagi 1 jenis jugak minuman mcm barbican ni nama dia ISTAK. tlg pastikan sbb sy pun minum jugak ni. TQ

  8. iema Avatar

    tau xpe..
    dah banyak orang islam minum baru nak cakap haram….

  9. zety Avatar

    em..dah macam main2 pulak org jakim ni buat keje.atau penjual nih yang dapat kelulusan dari pihak yang haram..hai..dunia2.macam2

  10. cqynkamal Avatar

    salu ade kat restoran arab kan?

  11. cik azeya Avatar

    nasib baik saye tak pernah minum.

  12. khairani Avatar

    macam mane la bleh ad barbican ni kat malaysia kte ni..pelik2..hish,dah tgok kat botol n rupa dia pun cam pelik je,.kat tempat saya ni pun ada,..mmg xda logo halal produk ni…

  13. titan Avatar

    so..kalau ragu-ragu, jangan minum la..

    1. Adam Roslan Avatar

      Setuju. Banyak sangat kemasukan produk makanan dan minuman luar yang diragui kehalallannya.

  14. merazati M.z Avatar

    Hurmmm, ramai je yg dah minum acamne ni?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *