≡ Menu

Biasiswa Tajaan JPA untuk Program Ijazah dalam Negara 2010

TAWARAN BIASISWA JABATAN PERKHIDMATAN AWAM BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN PERINGKAT DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA MUDA DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA) DAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA (IPTS) DALAM NEGARA BAGI SESI 2010/2011 Permohonan adalah dipelawa daripada pelajar yang telah mendapat surat tawaran untuk melanjutkan pengajian peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda mulai Sesi 2010/2011 di Institusi Pengajian Tinggi Awam (kecuali UPSI) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (Universiti Teknologi Petronas, Universiti Tenaga Nasional dan Universiti Multimedia sahaja) untuk mendapatkan biasiswa tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). CARA MEMOHON Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) sahaja. Permohonan adalah percuma. Cara memohon adalah seperti berikut:

  1. Pemohon boleh mengemukakan permohonan mulai tarikh iklan dikeluarkan dengan melayari http://esilav2.jpa.gov.my atau http://www.jpa.gov.my;
  2. Pemohon dibenarkan menghantar satu permohonan sahaja tetapi dibenarkan mengakses sebanyak 3 kali untuk mengemas kini atau meminda sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya permohonan yang terkini sahaja diambil kira sebagai penerimaan permohonan;
  3. Borang permohonan atas talian yang dimuat turun, dicetak dan dihantar melalui pos tidak akan diproses;
  4. Permohonan secara atas talian tidak memerlukan penghantaran salinan sijil-sijil, kecuali dinyatakan dalam “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2010”;
  5. Pemohon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2010” sebagai bukti permohonan telah dibuat;
  6. Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa mengisi borang permohonan atas talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03- 8885 3453, 03-88853541 atau 03-88853552. Talian-talian ini dibuka setiap hari dari jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang (Isnin – Jumaat); dan
  7. Pertanyaan mengenai program tajaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3049 (10 talian) pada setiap hari bekerja mulai jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang atau e-mel di alamat esila@jpa.gov.my.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN Tarikh tutup permohonan ialah pada 16 Julai 2010 (Jumaat). Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan. KEPUTUSAN PERMOHONAN Keputusan permohonan biasiswa Program Ijazah Dalam Negara dijangka akan diumumkan melalui portal JPA http://www.jpa.gov.my dan http://esilav2.jpa.gov.my 30 hari selepas tarikh tutup permohonan.

Other articles you might like;

1 comment… add one
  • naimah mohamad September 11, 2010, 1:34 pm

    saya dah buat permohonan, tapi gagal. bagaimanakah cara untuk membuat rayuan biasiswa ini.
    saya sedang menuntut di Universiti Teknologi Malaysia, dalam bidang kejuruteraan elektrik. dengan kelulusan asasi kejuruteraan UiTM dengan cgpa 3.42.
    adakah juga terdapat syarat syarat untuk membuat rayuan?

Leave a Comment