Baki Hot Tiket Hotlink Lupus Selepas 7 Hari

Hotlink Plans

Hotlink Plans

Selepas berkuat kuasa terma baru cas SMS untuk pengguna Hotlink Youth Club pada 8 Jun lepas, hari ini saya terima satu lagi SMS daripada Hotlink tentang baki Hot Tiket yang tidak digunakan.

Bermula 15 Jun 2011, baki minit dan SMS Hot Tiket yang tidak digunakan boleh dibawa ke hadapan dengan pengaktifan Hot Tiket yang seterusnya dalam 7 hari sahaja.

Dalam bahasa ringkasnya, baki minit dan SMS yang tidak digunakan akan dilupuskan selepas tidak diaktifkan dalam masa 7 hari. Satu lagi jenis penganiaan kepada pengguna Hot Tiket. Terima kasih!

Dalam satu lagi SMS yang saya terima beberapa hari sebelum, Hotlink Rewards membuat tebusan mata ganjaran Hotlink saya sebanyak 500 secara automatik! Penat-penat saya kumpul mata Hotlink Rewards untuk kecemasan, senang-senang Hotlink menebus secara automatik. Sebelum ini saya pernah terkena apabila kesemua mata yang dikumpul sejak 2004 ditebus secara automatik. Terima kasih lagi sekali!

Comments

3 responses to “Baki Hot Tiket Hotlink Lupus Selepas 7 Hari”

  1. hollowgram Avatar

    leh msuk dlm tribunal pengguna ni .. = )

    1. Adam Roslan Avatar

      Banyak sangat kes dengan Maxis ni. Kesian aku.

  2. titan Avatar

    haa..7 hari je? nak tak nak..kena habis kan la?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *