Category: Daily Craps

  • Digi: What Berry Are You?

    Digi: What Berry Are You?

    Digi Telecommunications Sdn. Bhd. mengukuhkan kedudukannya sebagai pemain yang serius dalam pasaran mobile Internet di Malaysia dengan memperkenalkan pelbagai tawaran baru Internet DiGi termasuk tambahan nilai sedia ada dalam Smart Plan untuk telefon pintar, pakej phone bundling dan pakej DiGi Blackberry Prepaid: What Berry Are You?. Strategi ini selari dengan rancangan pengembangan yang agresif dari rangkaian 3G Turbo ke seluruh kawasan di Malaysia.

    (more…)

  • Our Celcom. Our Sale.

    Celcom Axiata hari ini melancarkan promosi diskaun akhir tahun kepada semua pengguna berdaftar Celcom Biz, Celcom Exec dan Celcom Broadband sempena kempen Our Celcom. Our Sale“.

    Pelanggan Celcom berpeluang mengumpul token serta menebus baucar diskaun untuk membeli pelbagai model telefon mudah alih kegemaran mereka yang ditawarkan di semua kedai Blue Cube.

    Antara telefon mudah alih yang ada bagi penebusan mulai 15 Januari 2011 ialah Blackberry Torch 9800 dan Bold 9780 serta Nokia C3 dan LG Optimus. Klik gambar di bawah untuk maklumat lanjut ;)

    (more…)

  • Keputusan Piala AFF Suzuki 2010: Malaysia lwn Vietnam

    Sepakmula perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2010 Malaysia lwn Vietnam tepat jam 8.05 malam di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

    Piala AFF Suzuki 2010

    Malaysia 2 – Vietnam 0

    Live Stream ONLINE KLIK SINI.

    Minit 60 – Gol pertama Malaysia dijaringkan oleh Safee Sali.

    Minit 79 – Gol padang daripada Safee Sali menambah jaringan gol Malaysia.

    Keputusan penuh Piala AFF Suzuki 2010: Malaysia lwn Vietnam, 2-0 :)

  • Hari 2: Jejawi – Tasik Melati

    Hari 2: Jejawi – Tasik Melati

    Hari kedua, dengan route sejauh 20KM bermula dari Taman Gembira melalui Tasik Melati dan Jalan Santan sebelum tamat di Taman Gembira. Seronok juga Cycthography (Cycling + Photography) ;)

    HQ HPA, Jejawi Perlis I.K.

    HQ HPA, Jejawi Perlis I.K.

    (more…)

  • Result UiTM Hari Ini

    Result UiTM Hari Ini

    Saya fikir trending untuk hari ini dan esok ialah result peperiksaan akhir semester UiTM. Macam biasa, apabila hari kejadian, keadaan server UiTM akan menjadi sesak pada waktu puncak dan semangat yang berkobar-kobar akan terkubur dek kesesakan ini. Ura-ura mengatakan bahawa pihak pentadbiran UiTM akan mengubah sistem pengumuman keputusan dengan menghantar keputusan itu kepada email setiap siswa. Saya sedang mencari bukti sahih daripada profail Dato’ VC UiTM tetapi gagal.

    Hari ini, sekitar jam 10.00 pagi, saya dan beberapa orang rakan sempat untuk memeriksa dan selang sejam kemudian, pentadbir Student Portal telah menutup pautan untuk memeriksa keputusan. Saya sempat mendapatkan pautan dengan menggunakan pautan ini, Result UiTM.

    Alternatifnya, gunakan Mini Transkrip di Student Portal untuk melihat result atau tunggu esok, 10 Disember ;)

  • Diskaun Saman Polis Trafik

    Polis di Raja Malaysia menawarkan insentif terhadap kompaun yang dikenakan kepada pesalah lalu lintas dengan syarat yang berikut,

    1. Semua saman yang diisu pada 30 November 2010 akan mendapat insentif 50% daripada jumlah asal saman, kecuali saman yang bernilai RM30.
    2. Semua saman yang diisu selepas 30 November 2010, jika diselesaikan dalam tempoh 15 hari daripada tarikh diisu akan mendapat potongan 50%, 16-30 hari mendapat 30% dan selepas tempoh ini, insentif tidak akan diberikan.

    Oh, patutlah harini balai trafik Kangar berduyun duyun orang. Berjela-jela saman dibayar. Ringan sikit beban rakyat, minyak dah naik, mansuhkanlah apa-apa yang patut. Sebagai alternatif, anda boleh membuat pemeriksaan dan bayaran online di www.rilek.com.my ;)