Cek RM15666 & Tiket Wayang Percuma daripada Churp Churp

Cek RM15666 & Tiket Wayang Percuma daripada Nuffnang

Walaupun saya bukan pengiklan berstatus Glitterati (mungkin tiada kaitan), namun saya mengucapkan banyak-banyak terima kasih kerana tidak menganaktirikan kami. Pada perlumbaan Churp Churp Musim 2: The Night Race, saya berjaya meletakkan kereta saya dalam kelompok 100 tertinggi walaupun tidak mendapat hadiah Apple iPad 2 yang menjadi rebutan semua pelumba.

Kami yang berada di kelompok 100 teratas berjaya mendapat sepasang pass wayang di TGV. Terima kasih Churp Churp! Jika anda masih belum mendaftar, klik sini untuk pendaftaran dan mula menjana pendapatan dengan Churp Churp.

Dan apabila sedang saya bersorak sakan di Bukit Jalil, saya menerima satu email daripada Churp Churp, tentang bayaran yang dipohon. Alhamdulillah, hasil daripada 786 klik memberi saya Ringgit Malaysia Satu Ratus Lima Puluh dan Enam Puluh Enam Sen Sahaja. Ya, ini cek pertama saya selepas mula beriklan dengan Churp Churp. Cayalah. Sekarang sedang menanti cek yang kedua. Saya perlu mendapat 78,333 klik sekiranya berangan untuk mendapatkan cek bernilai RM15,666.00. Tiada apa yang mustahil :)

Cek RM15666 & Tiket Wayang Percuma daripada Nuffnang

P/s Canon 50mm f1.8 Macro Shot

Comments

30 responses to “Cek RM15666 & Tiket Wayang Percuma daripada Churp Churp”

  1. Pacifista - X Avatar

    ceh.aku ingat RM 15 666.rupanya RM 156.66.haha…
    bijak cara ko memanipulasi nombor tu.hehe…

    1. Adam Roslan Avatar

      Hehe. Jangan marah. RM15666 tu target aku Bro. So kena letak sana, hari hari tengok baru ada semangat nak capai target ;)

      1. Pacifista - X Avatar

        haha…tak marah la bro.saja je :p
        aku tengok pun bersemangat :D

  2. Azhar Avatar

    Alhamdullillah.. duit raya tu :D

    1. Adam Roslan Avatar

      Alhamdulillah. Raya nanti singgah la Kangaq.

      1. Azhar Avatar

        InsyaAllah.. balik 24 ni.. tp sampai awai pagi la.. hehe

  3. Que Avatar

    aku pun terdapat top 100..cm klaka plak rse..ekeke..btw tahniah 15666 ;p

    1. Adam Roslan Avatar

      Hehe. Boleh share teknik, nanti Race #3 boleh dapat top 10 kot? :)

  4. Famili Ceria Avatar

    aku punya baru RM 40…share la teknik nak bagi banyak…

    1. Adam Roslan Avatar

      Tahniah. Nanti saya kongsi tips macam mana nak mengalakkan pendapatan dengan Churp Churp.

  5. CMRatu Avatar

    hehe.. tahniah.. saya pun dapat gak.. :)
    cuma cek je yang tak dapat2 lagi..

    1. Adam Roslan Avatar

      Tahniah. Nanti kongsi-kongsi tips di Blog okay :)

      1. CMRatu Avatar

        hehe.. saya pun tak habis belajar lagi… insyallah saya kongsi mana yang boleh.. :)

  6. Sir Marcello Avatar

    belum puasa dah dapat duit raya? hehehe

    1. Adam Roslan Avatar

      Hehe. Rezeki Ramadhan :) Terima kasih.

  7. Nik Thoha Avatar

    Wah tahniah dapat duit raya tu..nanti share la tips2 nak main churp2 ni..hehe

    1. Adam Roslan Avatar

      Bereh. Nanti saya buat entri pasal Churp Churp ni ;)

  8. Najlaa 'Aqilah Avatar

    waaaaa. bestnyeee *envious*

  9. amri lawak kelakar Avatar

    wow,bestnya kalau dpt RM15666..boleh angkat motor besar sebijik.hehe

    1. Adam Roslan Avatar

      Kena ada 700K klik baru boleh dapat duit banyak tu. Ada sumber lain tak Bro?

      1. amri lawak kelakar Avatar

        2la,700k tu bukan sng nak dpt kan..kalau 700 lainla.hehe..

        em,mungkin bro boleh buat float icon churp2 macam kat blog bro Ar-rifke tu..tapi,xtaula dia nak ajar ke x.huhu..kalau dia ajar,bro share ar jugak kat saya.hehe

        1. Adam Roslan Avatar

          Tak semua teknik orang sesuai dengan kita. Kalau kita jenis suka minimalis, mungkin tak suka banyak banyak floating, mungkin satu dah cukup macam iPhone kat bawah tu. Banyak nanti visitor mengadu berat nak loading susah jugak kan. ;)

          1. amri lawak kelakar Avatar

            haah,btul jugak kan..setuju dengan bro..

  10. akmalhilmi Avatar

    pergh gilas
    mmg gilas 15666 tu
    huhu

    1. Adam Roslan Avatar

      Angan angan saja. Kalau iya, dah buat kenduri kesyukuran dah.

      1. akmalhilmi Avatar

        ajak2 weyh
        hahah

  11. Mus Avatar

    mmg cantik nombor tu.. tak mustahil untuk dikeccapi

  12. nik Avatar

    15666 kalau jadi kenyataan memang berbaloi lah impian tu!:)

    1. Adam Roslan Avatar

      Yeah. Kumpul 5 tahun kot, baru nak cash out. :D

  13. Hez Avatar

    tapi aku pelik la..ramai gak yang da klik iklan aku tapi klik unik dia tak naik sangat pon..nape ek?ke ade cara lain dia naik earning tu?

    ajar sikit eh?boleh? ^^,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *