≡ Menu

Cara Buat Duit di Internet Dengan Menjual

menjual di internet

Salam. Masa solat Jumaat di Masjid Kinrara harini, terjumpa Boli senior di UiTM Melaka dulu. Masa tengah makan, dia tanya satu soalan cepumas. Macam mana untuk buat duit di Internet?

Jadi aku cadangkan dia mula menjual di Internet. Menjual pun ada cabangnya, jual produk sendiri atau jual produk orang lain yang dapat sambutan. Cara kedua paling mudah sebab kita dah ada produk dan cuma plan untuk menjual. Kalau cara pertama tu, kena mula dari kosong sebab nak buat research, cari resepi untuk produk dan sebagainya.

Bila nak menjual produk orang, banyak faktor juga yang perlu diambil kira contohnya hubungan dengan pemilik produk, demand kepada produk dan apa pemilik produk boleh sediakan untuk bantu kita berniaga.

Aku sharekan dua tiga platform untuk dapatkan produk secara dropshipping. Untuk produk fizikal, sudah semestinya platform Dropship.im yang penuh dengan produk hangat di pasaran. Untuk produk digital, aku sarankan dia daftar dengan Klikjer.com atau Ashadee.com. Kedua-dua platform ni untuk pasaran tempatan sahaja. Kalau nak pasaran antarabangsa, dia boleh cuba Amazon, Clickbank atau JVZoo. Dropship.im baru-baru ini menambah produk seperti baju kurung, jubah dan produk as-seen-on-TV.

Lepas cari produk, apa kena buat?

Bila dah buat market research, tengok produk apa yang tengah panas dalam market, produk apa yang ramai buat carian, dah boleh bergerak ke fasa kedua. Sediakan kedai online untuk menjual. Biasanya boleh buat kedai online free dengan Blogspot, cukup sekadar ada senarai produk yang dijual, nombor telefon untuk dihubungi dan maklumat lain yang difikirkan perlu. Bila dah ada kedai, pada masa sama kita boleh letakkan produk lain dalam kedai online tadi.

Dalam Dropship.im sendiri banyak produk kecantikan dan kesihatan untuk dijual. Mungkin boleh cuba jual Ladysecretz Bust Up, Qu Puteh, Aurawhite atau Perla Coffee.

Ada yang selesa campurkan produk dengan niche berbeza contohya ada produk kecantikan, ada baju dan tudung, ada makanan dan sebagainya. Tapi ramai yang sarankan untuk fokus kepada satu niche sahaja, kalau satu blog untuk produk kesihatan, fokuskan kepada semua produk kesihatan. Kalau nak jual produk lain, buat blog khas untuk niche kedua.

Okay, kedai online dah siap, seterusnya?

Masuk fasa ketiga, pemasaran. Pemasaran boleh jadi secara percuma atau berbayar. Pemasaran secara percuma termasuklah teknik Search Engine Optimization (SEO). Untuk belajar secara lanjut tentang teknik SEO, boleh cuba baca Teknik Merah Jambu oleh Ahmad Faizal.

Untuk pemasaran berbayar, anda boleh belajar Facebook Ads dan Google Adwords dengan lebih mendalam. Antara sifu yang boleh anda ikut ialah Firdaus Azizi dan Wan Mus. Masing-masing pakar dalam bidang pemasaran di Facebook dan Google.

Anda boleh juga buat bacaan percuma di Internet, tapi baik ada cikgu yang mengajar kerana dapat jimatkan masa dan elakkan daripada buat kesilapan. Kesilapan yang kecil boleh buatkan bajet pengiklanan anda rugi.

Saya dah mahir SEO, Facebook Ads dan Adwords

Kalau anda sudah mahir dengan tiga teknik ini, sepatutnya telefon anda akan menerima panggilan dan SMS daripada pelanggan dan akaun bank anda akan mula dipenuhi duit lebih daripada kedai online anda.

Kesemua ini akan berhasil sekiranya anda berjaya memilih produk yang hangat, memiliki kedai online yang sentiasa dikunjungi dan mahir dengan teknik asas dan advanced meletakkan kedai online anda di kedudukan pertama enjin carian Google.

Insya Allah, dengan usaha yang jitu, segalanya tidak mustahil. Apa kata anda?

Other articles you might like;

10 comments… add one

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3