Author: Adam Roslan

  • Dah nak balik..

    Salam.

    Baru terasa semalam aku sampai ke Perlis. Sedar tak sedar dah nak balik Melaka dah, banayk benda yang tak tertunai lagi ni.. Banyak amanah dan tanggungjawab tak dilaksanakan lagi. Takpa, kita kayuh pelan-pelan lama-lama siap jugak =)

    Selamat hari raya kepada kawan-kawan dan terima kasih sebab sudi datang beraya di rumah. tQ jugak kat kawan-kawan yang bawak aku meronda pi beraya umah member-member.

    Dah tutup pasai raya, kita pikiaq pasai exam pulak. Walaupun ada sedikit persediaan, tapi rasanya tak cukup lagi untuk pergi berperang ni.. Kena kuatkan perisai dan tajamkan parang. Cewah.. =)

    sonyericsson-p990.gif

    Semalam aku tengah ralik2 usha forum Lowyat.net, aku nampak ada orang nak jual Sony Ericsson P990i. Pergh, apa lagi.. Harga pun RM830 aja, terus sambaq! 3G plak tu.. dah lama dok idam nak pakai PDA Phone. Last-last dapat jugak sebijik tapi lepasni kena pandai-pandai la nak cari duit balik habuan cover beli PDA Phone ni..Kepada Viere, semoga anda berjaya dalam usaha mencari kekasih hati. Takpa, kawan-kawan sokong kot belakang =)

  • Rangkuman Ramadhan

    Last entri aku pada 1 September 2007, tajuk berkaitan dengan Puasa. Alhamdulillah, beberapa hari lagi kita akan sama-sama menyambut Hari Raya Aidilfitri. Banyak perkara menarik sepanjang ketidak-ada-masa untuk aku mencoretkan catatan di blog ni.

    #1 Berpuasa di UiTM Melaka

    Rutin harian di sana, bangun sahur 4 pagi > ke kelas > tidur selepas kelas > berbuka > tarawikh.

    #2 Halatuju Dermarian & MyDspace

    Masih mencari keputusan sama ada untuk mengekal atau memadam terus laman web itu dari dunia maya ini.Banyak

    Banyak perkara yang sepatutnya dicoretkan di sini. Tapi sekarang mungkin tidak ada mood yang sesuai untuknya. Semoga ketemu lagi di lain masa. Wassalam.

  • Selamat Menyambut Ramadhan

    “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.” – Al-Baqarah : 183

    “Sabda Rasulullah saw, Akan datang kepada kamu bulan Ramadan, bulan keberkatan, difardukan oleh Allah kepadamu puasa dalam bulannya, dibuka pintu langit dan dikunci pintu neraka, dirantai akan syaitan. Demi Allah terdapat padanya satu malam yang lebih baik dari seribu bulan.” (Riwayat An-Nasai dan Baihaqi)

    Maklumat teknikal tentang ramadhan, cara berpuasa dan syarat berpuasa

    Tingkat-tingkat puasa

    Al-Ghazali ada membahagikan tingkat-tingkat puasa kepada tiga jenis. Pertama adalah puasa umum, iaitu orang yang berpuasa menahan perut dan kemaluan seperti yang disyaratkankan.

    Kedua adalah puasa yang khusus, iaitu ditambahkan pula dengan menahan pendengaran, pengelihatan, lidah dan tangan serta anggota-anggota badan yang lain dari segala perbuatan dosa.

    Ketiga adalah puasa khususnya khusus, iaitu puasa hati. Menahan hati dari pemikiran keduniaan, perhatian-perhatian yang rendah, menahan diri dari memikirkan selain daripada Allah swt.

    Syarat Batiniah Dalam Berpuasa
    Menurut Al-Ghazali, terdapat enam perkara perlu dititik beratkan dalam perlaksanaan ibadat puasa bagi menghasilkan puasa yang berkualiti.

    1. Menjaga mata dan menahan pandangan kepada sesuatu yang tercela dan dibenci, yang melalaikan hati, melengahkan zikir serta menjauhkan ingatan kepada Allah swt.
    2. Menjaga lidah dari senda gurau yang tidak berguna, berdusta, mengumpat, perkataan kotor, keji, caci makian dan sebagainya.
    3. Menahan pendengaran dari mendengar segala sesuatu yang diharamkan atau dibenci Allah, sebab segala sesuatu yang haram diucapkan, maka haram pula didengar.
    4. Menahan anggota tubuh yang lain-lain daripada perbuatan dosa, baik dari tangan atau kaki daripada segala yang dibenci. Menahan perut daripada hal-hal syubhat (tidak jelas halal atau haram) atau haram ketika berbuka.
    5. Jangan berlebihan makan ketika berbuka. Hendaklah direnung tujuan berpuasa, iaitu mendidik nafsu. Tiada manfaatnya berpuasa sehari tetapi apabila waktu berbuka, nafsu masih tidak terdidik.
    6. Perasaan takut ketika berbuka, kalau-kalau amalan seharian kita itu tidak diterima oleh Allah swt.

    “Sabda Rasulullah saw, Banyak sekali orang yang berpuasa, tetapi tidak ada yang diperolehinya dari puasanya itu kecuali hanya lapar dan dahaga” Riwayat An-Nasai dan Ibnu Majah.

    Selamat berpuasa !

  • Salam Kemerdekaan

    Salam kemerdekaan kepada seluruh rakyat Malaysia.

    Aku berpeluang balik ke Perlis minggu ni sebab lari dari Festival Kemerdekaan (Feskem) UiTM Melaka :) So, tak dapat la nak merasa Feskem pada tahun pertama. Hehe..

    Dah lama tak blogging ya, maybe tak sempat kot. Dok UiTM mmg takda masa langsung.

  • Al-Fatihah untuk Abah…

    Pagi semalam, selepas latihan yell untuk blok Lekiu, aku naik ke bilik untuk menyiapkan assignment sociology yang perlu disubmit pada 9 Ogos. Tiba-tiba aku mendapat panggilan daripada Umi yang menyatakan bahawa Abah sudah pergi menyahut seruan Illahi. Telah pergi meninggalkan kami…

    Ya Allah, kau kuatkanlah hatiku untuk meneruskan kehidupan ini.. Menjadi seorang anak yang tabah untuk menghadapi cabaran di dunia yang penuh pancaroba ini. Kuatkanlah semangat Umi untuk menjaga adik-adik, menguruskan kehidupan seharian sendirian..

    Ya Allah, berikan petunjuk kepadaku Ya Allah. Sesungguhnya aku redha atas pemergian Abah yang ku sayangi..

    Aku redha… Terima kasih kepada rakan-rakan yang memberi kata semangat kepadaku. Terima kasih…