Author: Adam Roslan

  • Nur Kasih Episod 8

    Nurkasih Episod 25

    Adam dan Katrina berkahwin. Katrina memutuskan untuk berhenti belajar kerana ayahnya tidak lagi memberi wang pembiayaan. Mereka terpaksa bekerja sambil belajar untuk menyara kehidupan mereka. Aidil telah pun menjadi seorang peguam. Aidil di minta memberi ceramah di Universiti Islam Antarabangsa dan dia bertemu dengan Nur Amina selepas beberapa tahun.

    Aidil menceritakan apa yang berlaku selepas pemergian Nur Amina dan Adam dari kampung. Nur Amina terharu dengan tindakan Aidil yang sanggup menipu untuk menjaga nama baiknya dan keluarga.

    Nur Kasih Episod 8 Bahagian 1

    Nur Kasih Episod 8 Bahagian 2

    Nur Kasih Episod 8 Bahagian 3

    Nur Kasih Episod 8 Bahagian 4

  • Tawaran Biasiswa JPA Pengajian Dalam Negara Sesi 2009/2010

    Tawaran Biasiswa JPA Pengajian Dalam Negara Sesi 2009/2010

    Posting untuk siswa dan siswi yang berminat untuk mendapatkan bantuan Biasiswa Pelajaran JPA untuk Pengajian Dalam Negera Sesi 2009/2010.

    Permohonan telah dibuka kepada pelajar yang telah mendapat surat tawaran untuk melanjutkan pengajian di peringkat diploma atau ijazah sarjana muda untuk sesi 2009/2010 dan pelajar yang sedang mengikuti pengajian tahun 2 dan ke atas di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) untuk mendapatkan biasiswa tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

    (more…)

  • Lagu Artis Dangdut Terheboh

    Dalam perjalanan ke kampus dari Perlis ke Melaka. Kami sempat melayan sebuah album Dangdut sebagai pemecah keheningan sepanjang perjalanan lebih 400 km merentasi Lebuhraya Utara Selatan. Banyak yang diceritakan sepanjang perjalanan kerana saudara Aliff dijangka akan berangkat ke Amerika Syarikat pada akhir bulan ini.

    Apa yang menarik ialah lagu-lagu ini dimainkan berulang kali sepanjang perjalanan. Adalah elok jika Adam turut berkongsi untuk sesiapa yang mempunyai minat kepada lagu genre ini. Maaf, tiada sebarang muat turun dibenarkan okay!

    [audio:http://www.viere.net.my/lagu/01._Trio_Macan_-_Ketahuan.mp3]
  • Nur Kasih Episod 7

    Nurkasih Episod 25

    Adam diselamatkan oleh seorang lelaki India Muslim. Hubungan Aidil dan Aliya masih lagi tegang dan Aidil cuba berbincang dengan Aliya cara baik. Aliya menceritakan segala-gala yang didengarnya dari Sarah. Sarah yang melihat dari dalam rumah segara mencari Nur Amina dan memohon maaf. Sudah setahun Adam hilang tiada khabar. Nur Amina sering ke tali air tempat Adam dahulu. Hajjah semakin tidak sihat kerana risaukan keadaan Nur Amina.

    Nur Kasih Episod 7 Bahagian 1

    Nur Kasih Episod 7 Bahagian 2

    Nur Kasih Episod 7 Bahagian 3

    Nur Kasih Episod 7 Bahagian 4

  • Pemergian Jacko, Berhutang atau Semakin Kaya?

    Pemergian Jacko, Berhutang atau Semakin Kaya?

    JackoKisah pemergian Michael Jackson atau nama Islamnya – Mikaeel telah menggemparkan seluruh penduduk dunia. Beliau disahkan meninggal dunia sejurus selepas sampai ke sebuah hospital di Los Angeles pada pukul 2.26 petang waktu luar negara pada 25 Jun. Peminatnya di mana-mana ceruk dunia amat meratapi pemergiannya sebagai seorang idola yang terkenal dengan gelaran ‘Raja Pop’. Lagu-lagu cipataannya menjadi siulan di bibir peminatnya.

    Kisah kematiannya menjadi lebih panas apabila beberapa kisah menarik terpacul di dada akhbar sejak beberapa hari lepas seperti doktor peribadinya ditahan akibat dipercayai memberi dos yang berlebihan, cara pengkebumian Mikael dan kisah lelongan barangan peribadinya.

    Petikan daripada Mingguan Malaysia pada 28 Jun 2009 berkata,

    LOS ANGELES 27 Jun – Michael Jackson dilaporkan mempunyai hutang berjumlah AS$400 juta (RM1.4 bilion), namun kematiannya mungkin menjana pendapatan yang lebih besar kepada penyanyi itu berbanding semasa beliau masih hidup.

    Peguam studio rakaman Hit Factory, yang merakamkan album ‘Thriller’ penyanyi itu, Jerry Reisman berkata, kematian Jackson meninggalkan persoalan tentang empayar kewangannya yang merangkumi muzik, pegangan saham 50 peratus dalam koleksi lagu-lagu kumpulan Beatles serta kutipan hasil lelongan barangan milik peribadinya.

    Katanya, rumah agam Jackson di ladang ternak Neverland dianggarkan bernilai lebih AS$1 bilion (RM3.5 bilion), sementara pegangan saham 50 peratus dalam syarikat Penerbitan Muzik Sony/ATV bernilai kira-kira AS$2 bilion (RM7 bilion). – AP

    Sudah pasti ramai akan mengambil kesempatan ini untuk menjual barangan-barangan memorial Michael Jackson untuk para peminatnya. Beberapa laman blog tempatan turut menyarankan agar mengambil peluang ini untuk meraih pendapatan dengan mendagangkan barangan kenangan Michael Jackson seperti koleksi CD/DVD dan gambar Michael Jackson atau The Jackson 5.

    Jackson meninggal pada usia 50 tahun, meninggalkan 3 orang anak, Michael Joseph Jackson, Jr., Paris Michael Katherine Jackson dan Prince “Blanket” Michael Jackson II.

    Sumber: KISH-Online

  • Nur Kasih Episod 6

    Nurkasih Episod 25

    Adam meninggalkan Nur Amina di stesen keretapi dan berlepas ke Australia sendirian. Nur Amina yang sendirian terpinga – pinga ditinggalkan disitu. Nur Amina mencari rumah sewa Nabila dan menceritakan apa yang berlaku kepada dirinya. Adam kembali kepada Katrina. Adam melamar Katrina untuk menjadi isterinya tanpa memikirkan Nur Amina yang ditinggalkannya di Malaysia. Nur Amina akhirnya dapat meneruskan pelajarannya di Universiti Islam Antarabangsa seperti yang diimpikan selama ini.

    Nur Kasih Episod 6 Bahagian 1

    Nur Kasih Episod 6 Bahagian 2

    Nur Kasih Episod 6 Bahagian 3

    Nur Kasih Episod 6 Bahagian 4