Author: Adam Roslan

  • Pulau Gembira

    Sejak beberapa hari lepas negeri Perlis digenangi air dan sesetengah kawasan seperti di Beseri dan Arau terjejas teruk dengan air melepasi takat satu meter. Taman Gembira tidak nampak tanda tanda akan masuk ke dalam rumah, hendak Nya.



    Pulau Gembira, originally uploaded by adam.roslan.
  • Dinding Ilmu

    Pembelajaran menggunakan flashcard terbukti dapat membantu sesi pembelajaran kanak-kanak pra sekolah. Untuk subjek Management, cara ini pasti berkesan.



    Dinding Ilmu, originally uploaded by adam.roslan.
  • Cendol Tapai Seksyen 7

    Bila tiba waktu petang yang panas di Shah Alam, ramai akan mencari minuman sejuk untuk menyejukkan tekak yang kering. Cendol Tapai yang famous di Seksyen 7 ialah di Hakim Sereng di belakang Unisel. Moh kesana, pelepas kering tekak sambil isi perut dengan Cakoi atau Donat.



    Cendol Tapai Seksyen 7, originally uploaded by adam.roslan.
  • Kelantan Juara Piala Malaysia 2010

    Kelantan menjuarai Piala Malaysia edisi 2010 buat kali pertama dalam sejarah bolasepak Kelantan. Tahniah.

  • Nasi Lemak ‘Beratoq’ Jati

    Kalau kat Penang famous dengan Nasik Kandaq Beratoq, ada satu port di Kolej Jati Shah Alam yang orang kena beratoq untuk beli nasi lemaknya. Dikenali sebagai Nasi Lemak Jati, tiap tiap malam akan ada puluhan manusia akan beratur untuk beli makan malam di sini.

    Malam ni Adam bersama Fiera dan Padin cuba beratur untuk merasai kemegahan nasi lemak ini. Banyak lauk untuk di pilih dan sedap juga rasanya. Tapi sambalnya tak setanding Nasi Lemak Cinta Sayang.



    Nasi Lemak ‘Beratoq’ Jati, originally uploaded by adam.roslan.
  • Periksa Senaraipendek Biasiswa/PPBU Yayasan Bank Rakyat 2010

    Kepada pemohon Biasiswa/PPBU YBR tahun 2010, sila semak email saudara/saudari untuk mengetahui status permohonan sama ada BERJAYA DISENARAI PENDEK atau TIDAK BERJAYA. Sila semak email masuk dari YBR sama ada di inbox, junk dan juga spam folder. Semakan melalui laman web YBR dengan memasukkan kad pengenalan saudara/saudari boleh dibuat mulai 28 Oktober 2010.

    ***

    Alhamdulillah, saya berjaya disenarai pendek dan akan menduduki ujian saringan bermula pada 1 Disember ini. Kawan-kawan bagaimana?