
Vanila Coklat menjadi fenomena baru drama tempatan apabila menjadi ikutan rakyat Malaysia. Drama ini ditayangkan dalam slot Lestary setiap hari Selasa jam 9 malam di TV3. Drama yang dibintangi oleh Izara Aishah, Aiman Mentor 5, Iqram Dinzly, Nabila Daly, Arash Mohd, Emma Akma, Zuhairi dan Liza Abdullah ini bergenre komedi dan cinta.
Sinopsis Drama Vanila Coklat
Vanila Coklat mengisahkan tentang Zara, 19 tahun dan Aamir, 20 tahun yang sedang menuntut di Institut Pengajian Tinggi. Zara dan Aamir saling membenci antara satu sama lain dan masing-masing sudah mempunyai kekasih.
Aamir sering mengusik Zara kerana Zara merupakan pelajar cemerlang dan pelajar contoh di kolej manakala Zara membenci Aamir kerana baginya, Aamir seorang kaki perempuan. Liana, rakan sekelas Zara yang gedik dan mengada-ngada menganggap kononnya Aamir adalah hak miliknya.
