Tag: TV3

  • Nur Kasih Episod 13

    Nur Amina perlu meneliti projek di luar Bandar. Tanpa diketahui olehnya, Adam terpaksa mengantikan tempat bosnya disaat – saat akhir. Nur Amina terkejut melihat kehadiran Adam di resort. Adam cuba membaiki hubungannya dengan Nur Amina. Pada masa yang sama, Dato’ Hamzah yang merupakan client mereka mempunyai hati pada Nur Amina. Adam cemburu melihat keakraban mereka.

    Sarah mencari Aidil sehingga ke Kuala Lumpur kerana mengetahui bahawa Aidil berada di rumah Adam.

    (more…)

  • Nur Kasih Episod 12

    Nur Amina memulakan pekerjaannya. Tanpa diketahui, Adam juga turut bekerja di pejabat yang sama dan Adam merupakan kawan baik kepada bosnya. Keadaan Katrina semakin teruk. Aidil menyarankan Adam membawa Katrina berjumpa pakar sakit jiwa untuk membantu memulihkan Katrina.

    Sarah pula cuba mendekatkan dirinya dengan Aidil.
    (more…)

  • Nur Kasih Episod 3

    Nurkasih Episod 25

    Adam yang terkejut dengan hal itu membantah keputusan ayahnya kerana dia telah mempunyai pilihan hatinya sendiri. Hajjah Khadijah memujuk Adam untuk berkahwin dengan Nur Amina dan akhirnya Adam akur. Keadaan Ustaz Hassan bertambah teruk. Perkahwinan Adam dan Nur Amina diadakan dengan segera. Dalam diam, Aidil menyimpan perasaan kecewa kerana wanita idamannya kini menjadi adik iparnya.

    Nur Kasih Episod 3 Bahagian 1

    Nur Kasih Episod 3 Bahagian 2

    Nur Kasih Episod 3 Bahagian 3

    Nur Kasih Episod 3 Bahagian 4

  • Nur Kasih Episod 2

    Nurkasih Episod 2

    Aidil dan Adam tiba di kampong. Secara tidak sengaja, mereka bertemu dengan Nur Amina. Aidil telah jatuh hati sejak kali pertama melihat kecantikan wajah Nur Amina. Adam mula bosan tinggal di kampungnya dan bercadang untuk pulang semula ke Australia. Ustaz Hassan telah meminang Nur Amina untuk Adam sedangkan Nur Amina adalah pilihan hati Aidil. Nur Amina turut kecewa dengan pinangan ini kerana dia mempunyai cita – citanya sendiri dan dia telah mendapat surat biasiswa untuk meneruskan pengajiannya.

    Nur Kasih Episod 2 Bahagian 1

    Nur Kasih Episod 2 Bahagian 2

    Nur Kasih Episod 2 Bahagian 3

    Nur Kasih Episod 2 Bahagian 4

  • TV3 Memfitnah Sultan dan Kerajaan Kedah?

    Salam. Sesekali ingin juga menyertai dan menghantatkan topik yang sedang panas pada masa kini. Selain daripada masalah politik dan kisah peralihan pucuk pimpinan negara, seluruh rakyat Malaysia terkejut dengan tindakan membabi buta pihak media — TV3 telah memfitnah Sultan Kedah Darul Aman.

    Dalam Buletin Utama 10 Julai 2008 telah menyiarkan laporan daripada seorang penonton yang telah menghantar video yang menunjukkan Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak dan rombongan Diraja yang diketuai Tunku Bendahara Kedah yang disertai isterinya selain Ketua Istiadat Istana Datuk Saad Endut ke Brunei bagi tujuan menyembah titah mengundang Sultan Brunei ke majlis ambutan Jubli Emas Pemerintahan Sultan Kedah pada Selasa depan dan mempertikaikan langkah Istana Kedah itu yang dianggap sebagai membazir. Agensi berita Bernama melaporkan bahawa Kerajaan Negeri Kedah terpaksa menggunakan khidmat jet yang disewa tersebut kerana kesuntukan masa.

    (more…)