Oh, salah faham rupanya. Inilah puncanya kalau misscommunication.

Hari ini Secret Recipe Malaysia melalui Wan Zawani Bt. Wan Ahmad, Eksekutif Halal daripada syarikat Secret Recipe membuat kenyataan umum bahawa laporan sebuah blog tentang Secret Recipe menggunakan bahan yang mengandungi unsur babi dalam produk mereka adalah palsu.
Untuk bukti sahih, anda boleh ke laman web rasmi Halal Jakim, dan buat carian “Secret Recipe” atau klik Senarai Sijil Halal Secret Recipe oleh Jakim untuk senarai produk yang mempunyai sijil halal dan tarikh tamat tempohnya.

