Tag: Punca dan Tindakan

  • Imran Ajmain Hilang Punca

    Nah, Imran Ajmain kembali dengan projek remix, Hilang Punca yang dengan adunan semula lagu Punca dan Tindakan. Remix ini disiapkan oleh produser daripada Singapura dan Malaysia dalam pelbagai versi lagu. Kalau sebelum ini lagu asal dimasukkan dalam playlist untuk tidur, lagu remix boleh didengar ketika trafik jem. Imran Ajmain juga membenarkan anda memuat turun lagu ekslusif ini melalui pautan yang disediakan dalam playlist dibawah.

    Hilang Punca (2011) by Imran Ajmain

  • Selamat Ulang Tahun Sayang

    Adam memetik sebuah tajuk Imran Ajmain daripada album Punca dan Tindakan. Cerita yang sebenarnya ialah bermula apabila Adam menerima satu SMS daripada Hotlink yang berbunyi:

    KHAS UNTUK ANDA! Kini anda boleh menikmati kadar TERENDAH 17 sen/30 saat ke semua nombor Maxis/Hotlink dengan 4 tahun hari aktif! Buat panggilan sekarang juga! (31707)

    Kalau berdasarkan SMS tersebut, hari ini merupakan hari ke 1440 Adam bersama dengan Hotlink. Jadi, untuk menyambutnya mereka hadiahkan kadar 17 sen/30 saat dan Adam hadiahkan lagu ini kepada mereka. Sebenarnya, apakah kadar paling rendah untuk panggilan di Malaysia? Jika anda berada dalam plan Hotlink Youth Club, anda akan mendapat kadar serendah 12 sen/minit, jika anda berada dalam pakej Celcom U.O.X atau Celcom S.O.X anda akan mendapat kadar 10 sen/minit. Sehingga kini Adam amat berpuas hati dengan kadar Celcom U.O.X yang jauh lebih murah daripada Maxis. Mungkin Maxis boleh menurunkan lagi kadar sebagai tanda penghargaan pengguna ‘setia’ mereka seperti Adam.

    Lirik Lagu Selamat Ulang Tahun Sayang – Imran Ajmain

    Yang tulus ikhlas
    Ingin sekali sekala dirinya dibalas
    Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

    Yang selalu memberi
    Ingin sekali sekala jadi penerima
    Cukup dengan salam dan manis doa

    Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
    Dan leburkan saja serpihan calar derita

    Selamat ulang tahun sayang
    Kini kau bersayap, pergilah terbang
    Rentaslah langit cita cita mu
    Harap nanti kita ‘kan bertemu

    Selamat ulang tahun sayang
    Janganlah engkau tak terbang pulang
    Ku nanti penuh kerinduan
    Selamat tinggal, selamat jalan

    Aku hanya inginkan engkau setia
    Kerana setia yang mencipta bahagiamu