Tag: plan iphone 4s

  • Perbandingan Pelan iPhone 4S Digi, Celcom dan Maxis

    Perbandingan Pelan iPhone 4S Digi, Celcom dan Maxis

    Walaupun Apple Store mula menjual iPhone 4S Unlock pada harga RM2,199, pengguna masih perlu bergantung kepada pelan data yang disediakan oleh operator seperti Digi, Celcom dan Maxis.

    Jadual di bawah disediakan oleh Digi, yang membandingkan plan iDiGi88 yang kelihatan menawarkan lebih penjimatan berbanding Celcom 98 atau Maxis iValue 100.

    Serendah RM55 (selepas rebat Auto-billing), pelanggan akan ditawarkan data 1GB, 200 minit percuma ke semua operator, 200 SMS dan 20 MMS percuma.

    Pada pendapat saya, DiGi mampu menawarkan harga terbaik untuk pelan data iPhone 4S tetapi masih lagi terhad kepada kawasan yang mempunyai capaian 3G.

  • Miliki iPhone 4S di Apple Store Malaysia

    Miliki iPhone 4S di Apple Store Malaysia

    iPhone 4S Malaysia

    Peminat produk Apple hari ini mendapat berita gembira apabila produk terbaru Apple, iPhone 4S telah memasuki pasaran Malaysia untuk jualan. Selain membeli daripada penyedia perkhidmatan seperti Maxis, Celcom dan Digi yang menawarkan telefon pintar ini bersama pakej, anda boleh mendapatkan set iPhone 4S Unlocked yang boleh dibeli terus melalui stor Apple Malaysia.

    Harga bagi set Apple iPhone 4S ialah RM2199.00 tanpa sebarang kontrak. Jika anda berminat mendapatkan bersama plan Maxis, anda boleh membeli dengan harga RM 1450.00 dengan komitmen RM 100 sebulan.