Tag: pinjam duit

  • 776 individu rugi RM15 juta ditipu sindiket wang pinjaman tak wujud

    Seramai 776 individu mengalami kerugian berjumlah RM15 juta apabila menjadi mangsa penipuan sindiket peminjam wang yang tidak wujud sejak tahun lalu hingga sekarang.

    Ketua Penolong Pengarah Siasatan I Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Lim Char Boo berkata, mangsa terdiri dari kalangan yang ingin memulakan perniagaan, peniaga kecil-kecilan serta individu yang mahu mendapat pinjaman wang tunai segera tanpa kerenah birokrasi bank.

    Beliau berkata, modus operandi sindiket berkenaan ialah mengiklankan perkhidmatan mereka melalui kad perniagaan yang ditampal di lokasi tumpuan ramai, mengedar risalah atau menghebahkannya melalui sistem pesanan ringkas yang dihantar secara rawak.

    “Mangsa yang ingin membuat pinjaman akan menghubungi nombor yang tertera pada iklan itu dan mereka kemudiannya akan diarah oleh sindiket untuk memasukkan wang ke akaun tertentu pada kadar RM1,000 hingga RM5,000 sebagai wang proses,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

    Lim berkata, bagi mengaburi mangsa, anggota sindiket berkenaan juga biasanya akan menyamar sebagai pegawai dari institusi kewangan yang kononnya boleh membantu menguruskan pinjaman dengan cepat sebelum bertindak menghilangkan diri selepas wang pemerosesan pinjaman diperolehi.

    Lim berkata, kes-kes seperti itu sukar dikesan memandangkan sindiket menggunakan akaun bank serta nombor telefon kepunyaan orang lain yang mana siasatan polis mendapati ia biasanya dimiliki penagih dadah.

    Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpengaruh dengan iklan-iklan yang menawarkan sebarang pinjaman peribadi yang kini semakin berleluasa dan, jika perlu, merujuk terlebih dahulu dengan agensi berkaitan untuk pengesahan.

    “Jika ingin membuat pinjaman, hadirlah sendiri ke mana-mana institusi kewangan yang diketahui umum atau memohonnya melalui agensi pemberi pinjaman wang berlesen, bukannya hanya sekadar melalui panggilan telefon,” katanya. – BERNAMA

    Sumber: 776 individu rugi RM15 juta ditipu sindiket wang pinjaman tak wujud

  • Senangnya Pinjam Duit!

    Senangnya Pinjam Duit!

    Senangnya Pinjam Duit

    Kalau nak ikut betul betul, gua ni bukan kategori berkira sangat. Kalau orang nak pinjam duit, gua ada duit gua hulur saja. Tapi gua rasa sesetengah manusia ni pelik jugak. Nak kata ada tulis Ah Long dekat dahi takdak pulak, senang senang nak pinjam duit.

    Ada satu kisah, kawan sekolah rendah gua, yang gua pun sebenarnya ingat nama saja telefon. Baik punya sembang, sebagai nak tamat perbualan dia nak mintak pinjam duit. Peh. Itu macam pun boleh ka. Sila telefon Ah Long Bukit Beruntung sekarang!